aku rindu diaaku marah diaaku kelirukerana aku sayang dia… Hafiz Latiff09-02-2009Seri Kembangan.
BLOG
Tentang Cinta…
HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa. JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang…
Bengkel Cerpen dan Malam Puisi Di Bawah Langit Gaza…
Assalamualaikum w.b.t. Saya sekadar ingin berbicara sekitar perjalanan hidup saya yang serasanya semakin sibuk ini. Pulang sahaja dari kampung selepas sambutan raya Cina, saya agak kelam kabut untuk menyiapkan tiga kertas kerja yang perlu dihantar segera. 1) Program Motivasi untuk pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah agama di Cheras. 2) Majlis forum yang akan…
Bulan…
bagai bulan dilindungi awanbegitu jugalah hatiku yang rawan. Hafiz Latiff12-01-2009Seri Kembangan.
Tempat Teduh…
bulan itu memandangkupenuh rasa pilu. hati ini luluhhilang tempat berteduh. Hafiz Latiff11-01-2009Seri Kembangan. p/s : setelah seharian suntuk keluar bersama teman-teman MPR, menonton ‘Bed Time Stories’… tiba-tiba ilham mengetuk minda saya…
Bertaut Kembali…
Assalamualaikum w.b.t. Buat kawan, teman, rakan dan sahabat… yang mungkin masih mengingati blog saya yang satu ini… Saya mohon maaf kerana selama ini, blog ini telah menyepi sekian lamanya… 3 tahun berlalu setelah kematian opah kesayangan saya… Walau apapun, saya bertaut kembali ke blog ini atas rasa kasih yang mendalam dalam dunia puisi… InsyaAllah, andai…
13hb Ogos 2005… PEMERGIAN…!!!
Assalamualaikum… Tanggal 13hb Ogos 2005, tepat pukul 5.25 pagi, opah/nenek saya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Perjalanan menemui Tuhannya telah bermula. Hidup dan kehidupan seakan tidak lagi bersambungan. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Esa… Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Lindungilah hamba-Mu itu dari seksaan api neraka-Mu dan lindungilah hamba-Mu itu dari…