Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

PROFIL

HAFIZ LATIFF: hos, konsultan buku dan kurator kandungan. Pengasas Legasi Oakheart, Kuras Buku, #KABO (Kafe Buku Oakheart) dan Rimau Rights Literary Agency. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Booktube Malaysia.

Selain sering diundang menjadi hos, moderator mahupun panel di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), termasuk di stesen televisyen seperti Astro Awani, TV Alhijrah, Bernama TV, Dialektika TV, Hafiz turut aktif mengendalikan pelbagai seminar/webinar berkaitan penulisan, penerbitan, pengucapan awam dan keusahawanan. Terlibat dalam pelbagai acara perbukuan di Malaysia, Indonesia, Singapura, Turki dan Jerman, antaranya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Indonesia International Book Fair (IIBF), Singapore Writers Festival (SWF) dan Pesta Buku Frankfurt.

Hafiz mewakili Malaysia ke Istanbul Fellowship Program di Istanbul, Turki (2019-2022), Turkish Literature Abroad Meetings (TURLA) (2020-2021) dan Indonesia Partnership Program di Jakarta, Indonesia (2019). Juga bertindak sebagai Pengerusi Rehat&Baca untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (2018-2022), Penyelaras MyBook Festival (2020-2021) dan Pengurus Media Sosial UNESCO Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia-KLWBC (2020-2021).

Hafiz juga merupakan hos dalam rancangan bual bicara digital terbitannya iaitu #SEMBANGPIS, produser di platform digital Bicarawara dan juga salah seorang peneraju di Silang Kata Podcast.

Terus berhubung di:

https://b.my/hafizlatiff

Kategori

Arkib

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Feb    
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme