Selesai membaca Victoria: Rahsia Kemenangan yang Dilupakan hasil tulisan Emmy Hermina Nathasia. Membaca naskhah ini mengingatkan kembali nyala rasa yang sesekali meliuk-lintuk ditiup angin perasaan. Mencari jawapan kepada setiap persoalan kita, terkadang bukan hanya diterima daripada orang lain. Bahkan, ia boleh juga ditemui daripada pembacaan. Sebenarnya yang sering kita tanyakan kepada pasangan, sahabat, mentor, orang…
Author: Hafiz Latiff
SERUAN MEMBACA DAN MENGEMBARA
Sebenarnya buku ini sudah lama masuk dalam senarai TBR (to be read) saya. Tetapi, masih belum sampai seru untuk membaca, sehinggalah pulangnya kami dari bumi Jerman November 2022 dan kerinduan mula menerjah ruang diri. Betullah seperti yang dikatakan penulisnya, Tuan Khairul Abdullah, “Rasanya Jerman ni, kes dia adalah ‘tak kenal, maka tak cinta’.” Sambil membaca…
KOL DUNIA BUKU: BUAT APA?
Apa itu KOL? Key Opinion Leader. Ataupun bahasa mudah fahamnya, influencer. Mengapa perlu kita dengar tentang pempengaruh dalam dunia buku? Kerana ini adalah zamannya. Salah satu cabang pemasaran yang mempunyai capaian pantas dan tepat kepada pasaran, ialah kolaborasi dengan KOL. Penerbit, penulis dan penulis swaterbit wajib tahu apakah yang dibuat oleh KOL, dan apa yang…
MEMBACA PANTUL KATA BUKAN DONGENGAN KOSONG
Puisi sentiasa magis. Sejak dahulu lagi, ketika mula-mula saya mahu belajar menulis, puisi adalah genre yang saya akrabi. Walaupun saya turut membaca genre-genre lain, buku-buku puisi tetap sangat dekat di hati. Ada puisi yang sepertinya sangat sederhana dalam pemilihan diksi, tetapi membawa makna yang mendalam dan melekat di jiwa. Ada puisi yang terlalu mahu bermain…
MUZIK DAN ZEN DALAM PEMBACAAN
Membaca Catatan Zunita di Jepun yang ditulis oleh Puan Zunita Ramli seperti membelek sebuah katalog. Apatah lagi, ketika buku ini sampai, ia turut disertakan dengan beberapa keping poskad dan sekeping kad penghargaan daripada beliau. Saya fikir, latar dan pengalaman beliau sebagai pengasas rangkaian produk Tokyo Organic menjadi nilai tambah dalam gaya persembahan buku ini. Setiap…
PEMBACA PERLAHAN DAN POLIGAMI
Saya pembaca yang perlahan. Ada ketika, saya mengambil masa sehingga lebih seminggu untuk menghabiskan bacaan sesebuah buku. Itupun jika buku tersebut benar-benar menangkap perhatian saya untuk diselesaikan. Jika tidak, selalunya saya akan jadi pembaca poligami. Baca pelbagai buku secara tebuk-tebuk. Bacaan pantas untuk dapatkan maklumat-maklumat tertentu sahaja. Ada yang habis dibaca walaupun akan ambil masa…
GONG XI RAYA
Pagi tadi pergi servis AGU. Sejak menetap di sini, memang di bengkel kereta inilah yang akan saya kunjungi. Orang kata, kereta jangan bagi banyak orang ‘pegang’. Masa menetap di Bangi dahulu pun, hanya satu bengkel itulah yang akan saya pergi. Kini, di sini pula. Alhamdulillah, AGU sudah menjangkau usia 14 tahun dan masih gagah menemani…