13hb Ogos 2005… PEMERGIAN…!!!

Assalamualaikum…
Tanggal 13hb Ogos 2005, tepat pukul 5.25 pagi, opah/nenek saya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Perjalanan menemui Tuhannya telah bermula. Hidup dan kehidupan seakan tidak lagi bersambungan. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Esa… Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Lindungilah hamba-Mu itu dari seksaan api neraka-Mu dan lindungilah hamba-Mu itu dari seksaan kubur-Mu. Daripada-Mu dia datang dan kepada-Mu dia kembali… Semoga dicucuri rahmat dan inayah buat arwah…
Al-Fatihah…
p/s:- Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membaca blog ini. Semoga masa yang digunakan ini diberkati Allah s.w.t.
15-08-2005
Teratak Nenda, Bota.