bulan dan bintang membawa perkhabaran dari jauh ia mengemudi dari jauh ia bertandang berjanji setianya bukan untuk seketika walau esok mentari menjelma bulan dan bintang wujud jua menemani pencinta sufi mencari cinta-Nya yang suci… bulan dan bintang membawa perkhabaran dari jauh ia mengisi setiap hati dan naluri dalam fantasi dan realiti ia berlari, menari dan…
BLOG
Milik Siapakah Kita…
Terkadang kita sering terlupa siapakah kita dan apakah kita Adakalanya kita selalu terleka di manakah kita dan bagaimanakah kita Segalanya diciptakan oleh Yang Maha Esa Cukup sempurna walau kadang ada cacat celanya Dalam meniti titian kehidupan dalam menempuh arus perjalanan Bersama jati diri yang jitu bersama swadaya kendiri yang satu Membentuk identiti baru membina personaliti…
Hidup atau Mati…
Kita ini hamba yang bukan qamil Kita juga insan yang bukan sempurna hidupnya Kita cuma menumpang kerana kehendak-Nya Adakah kita sudah bersedia? Apakah kita sudah cukup amalannya? Sebanyak mana bekalan yang kita ada? Secukup mana jawapan kepada soalan-Nya? Hidup atau mati… Mati atau hidup… Itu semua ketentuan-Nya Itu terjadi hanya dengan izin-Nya Bagaimanakah kita mencari…
Aku…
Detik waktu itu… mengajar aku erti rindu syahdu mendidik aku erti cinta asmara. Keringat yang menitik Air mata yang mengalir Betapa khusyuk dan tawadduqnya Betapa syukur dan nikmatnya aku masih di sini… mengatur derap langkah segala tegak diri serta letak duduk – saksi satu janji. Perjalanan masa itu… mendidik aku erti sayang menyayang mengajar aku…
Sesuatu di Antara Waktu…
sesuatu di antara waktu mewarnai hidup dan kehidupanku… sesuatu di antara waktu menggamit pilu hatiku di saat dia datang dan pergi mungkinkah akan terjadi? sesuatu di antara waktu melonjakkan amarahku dalam sabarku di saat dia ingin kembali aku tiada di sisi… mungkinkah terlupa pada janji? mungkinkah tiada lagi segala memori? sesuatu di antara waktu… sesuatu…