Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Bengkel Cerpen dan Malam Puisi Di Bawah Langit Gaza…

Posted on 03/02/2009 by Hafiz Latiff
Assalamualaikum w.b.t.
Saya sekadar ingin berbicara sekitar perjalanan hidup saya yang serasanya semakin sibuk ini. Pulang sahaja dari kampung selepas sambutan raya Cina, saya agak kelam kabut untuk menyiapkan tiga kertas kerja yang perlu dihantar segera.
1) Program Motivasi untuk pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah agama di Cheras.
2) Majlis forum yang akan diadakan sebagai program susulan dari majlis diskusi yang diadakan oleh Alumni MPR pada Januari lalu.
3) Kertas kerja cadangan untuk seorang pelabur besar yang ingin membuat pelaburan.
Setelah siap semuanya, kini saya sibuk pula meneruskan hidup untuk mencari rezeki bagi menyara diri sendiri (nasib belum ada tanggungan lain, selain keluarga saya.)
Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengikuti bengkel penulisan cerpen yang diadakan di UIAM anjuran Kelab Puisi UIAM di bawah tunjuk ajar Cik Khairunnasriah Abdul Salam (Kak Nas). Banyak juga input yang saya perolehi dan insyaAllah, saya akan cuba juga menulis cerpen. Nantikan kemunculan cerpen saya!!! Terima kasih Kak Nas atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan.
1 Februari lalu, saya menemani Kak Nas dan juga Sayidah Mu’izzah ke Malam Puisi Di Bawah Langit Gaza anjuran TV9, Salam, PENA dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama). Juga bertemu dengan Zulfazlan di sana. Jauh di sudut hati, saya sangat ‘terkesan’ pada malam tersebut. Betapa saya bersyukur yang kita di bumi Malaysia ini masih lagi aman dan damai tanpa peperangan yang amat memilukan. Tayangan video kekejaman yang berlaku di Gaza bagaikan mencarik-carik hati saya.
Tahniah pada Kak Nas kerana mendeklamasikan puisi yang sangat bagus dan begitu menyentuh jiwa saya. Terima kasih juga untuk sate yang sangat lazat!!! ;p
Semoga saya terus menyibukkan diri dan dalam masa yang sama, mencari kekuatan untuk berkarya semula. Doakan saya ya?
03-02-2009
Seri Kembangan.
Category: #SEMBANGPIS

6 thoughts on “Bengkel Cerpen dan Malam Puisi Di Bawah Langit Gaza…”

  1. Anonymous says:
    03/02/2009 at 1:12 PM

    jgn malas-malas lagi..
    cepat-cepat tembus media cetak tau

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    03/02/2009 at 1:22 PM

    salam…

    yana,
    insyaAllah, ILHAM tak malas-malas dah pasnih… mari kita seraaaannnngggg media cetak bersama-sama!!! hahaha…

    Reply
  3. Anonymous says:
    04/02/2009 at 10:04 PM

    WISH YOU LUCK…

    Reply
  4. HAFIZ LATIFF says:
    11/02/2009 at 9:31 PM

    thanks anonymous…

    Reply
  5. Anonymous says:
    20/02/2009 at 8:54 PM

    sama-sama…
    hehehe..

    Reply
  6. HAFIZ LATIFF says:
    21/02/2009 at 2:21 PM

    salam…

    kak nas…
    terima kasih sebab singgah di blog ILHAM… jasamu sentiasa dikenang… hehe…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

February 2009
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
« Jan   Mar »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme