Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

MEMBACA PANTUL KATA BUKAN DONGENGAN KOSONG

Posted on 24/01/202325/01/2023 by Hafiz Latiff

Puisi sentiasa magis. Sejak dahulu lagi, ketika mula-mula saya mahu belajar menulis, puisi adalah genre yang saya akrabi. Walaupun saya turut membaca genre-genre lain, buku-buku puisi tetap sangat dekat di hati.

Ada puisi yang sepertinya sangat sederhana dalam pemilihan diksi, tetapi membawa makna yang mendalam dan melekat di jiwa. Ada puisi yang terlalu mahu bermain dengan kata-kata, memaksa sehingga menyesakkan dada ketika membaca.

Jadi, apabila usai mengulit naskhah Dunia adalah Senaskhah Dongeng karya Iman Danial Hakim, saya mengerti apa yang dinukilkannya dalam prakata.

“Sama ada saya melarikan diri ke dalam buku, atau melompat keluar daripada diri, puisi tetap menjadi kompas; memandu saya supaya sentiasa waras.”

Sebanyak 31 buah puisi dan 11 buah catatan yang dimuatkan dalam buku ini, saya rangkumkan bahawa ia pantul kata jujur dari dalam diri seorang Iman, dan ia bukanlah dongengan kosong, nihil tanpa makna.

Ya, mungkin ini sebuah naskhah yang sederhana seperti yang diakui penulisnya dalam prakata. Tetapi ia cukup untuk menghidupkan nyala rasa seorang pembaca.

Nota tambahan:

Ilustrasi oleh Ain Zulaikha dalam naskhah ini juga memberikan visual yang menjadi pelengkap kepada setiap larik kata yang dipersembahkan.

Category: #SIBUK (Sembang Industri Buku)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme