Seingat saya, Legasi Oakheart mula berdagang di Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) sejak tahun 2015. Uniknya dengan KLAB ini, setiap lokasi penganjuran akan menemukan kami dengan khalayak pembaca yang agak berbeza berbanding ketika berdagang di acara-acara lain. Sebagai contoh, ketika di Publika, khalayak yang singgah ke reruai kami majoritinya akan mencari buku-buku terbitan berbahasa Inggeris….