Puisi sentiasa magis. Sejak dahulu lagi, ketika mula-mula saya mahu belajar menulis, puisi adalah genre yang saya akrabi. Walaupun saya turut membaca genre-genre lain, buku-buku puisi tetap sangat dekat di hati. Ada puisi yang sepertinya sangat sederhana dalam pemilihan diksi, tetapi membawa makna yang mendalam dan melekat di jiwa. Ada puisi yang terlalu mahu bermain…