TELAH:
04.05.2013 – LEGASI OAKHEART mencipta sejarah apabila diberikan ruang oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk mengadakan sesi Gebang Naskhah Legasi Oakheart di Sofa Putih ITBM sempena hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang lalu. Alhamdulillah, ramai juga yang hadir memberi sokongan. Moderatornya Fathul Khair Mohd Dahlan dan tiga orang tukang gebang iaitu saya sendiri, Sayidah Mu’izzah dan Nora Nabila. Terima kasih warga ITBM dan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Naskhah CANTUMAN MIMPI menjadi naskhah terlaris sepanjang PBAKL dengan menduduki tempat pertama.
11.05.2013 – LEGASI OAKHEART dijemput untuk memberikan Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi, Cerpen, Etika & Terjah Media) di SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. Seramai lebih kurang 50 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu, tingkatan empat dan tingkatan lima menyertai bengkel tersebut. Saya mengendalikan sesi Etika & Terjah Media, Sayidah Mu’izzah mengendalikan sesi Puisi dan Shamsul Amin mengendalikan sesi Cerpen. Manakala Fatin Wahab bertindak sebagai fasilitator. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami!
12.05.2013 – Borak Buku bersama-sama Encik Wan Hulaimi atau Awang Goneng. Penulis terkenal yang berasal dari Terengganu tetapi sudah 33 tahun menetap di bumi London. Beliau membicarakan tentang buku Catch-22 karya Joseph Heller. Moderatornya Sayidah Mu’izzah. Encik Wan merupakan ‘ayahanda’ kepada 10 orang penulis muda yang terlibat dalam program Kembara Penulis Muda ke United Kingdom.
18.05.2013 – Saya dijemput untuk deklamasikan puisi sempena Malam Suara Kuala Lumpur yang diadakan di Perpustakaan Kuala Lumpur. Acara yang dianjurkan oleh Nusa Centre, ITBM, DBKL dan DBP. Insya-Allah, acara ini akan terus diadakan pada setiap hari Sabtu, minggu ketiga pada setiap bulan. Jom kita bersantai sambil menikmati hidangan-hidangan yang disediakan. Ada baca puisi, ada alunan muzik, ada jualan buku dan macam-macam lagi.
19.05. 2013 – Hari ini, Allahyarham Adik Pi (Adik Eja) sepatutnya melalui saat-saat gembira dengan majlis konvokesyen seperti graduan-graduan lain. Apapun, tidak kesampaian. Al-Fatihah…
20.05.2013 – Adik saya, Nur ‘Amirah telah pun selamat melalui hari graduasinya. Tahniah, adik!
![]() |
Dari kiri: Fathul Khair Mohd Dahlan, Saya, Sayidah Mu’izzah & Nora Nabila |
![]() |
Bengkel Penulisan Kreatif di SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. |
![]() |
Borak Buku bersama-sama Encik Wan Hulaimi atau Awang Goneng |
![]() |
Malam Suara Kuala Lumpur |
AKAN:
22.05.2013 – Majlis Bicara Karya Sasterawan Negara Dato’ Baha Zain di Dewan Dato’ Hassan Ahmad, Aras 2, Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis bermula pukul 9.00 pagi dan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh akan menyampaikan ucap utama. Semua dijemput hadir!
24-26.05.2013 – Kami sekeluarga akan bercuti ke Taiping dan Bukit Merah Laketown Resort. Sudah lama tidak melawat salah satu tempat kesayangan yang banyak memberikan kenangan dan memori indah serta pahit terhadap kami sekeluarga.
28.05.2013 – Saya dan Sayidah Mu’izzah dijemput ke Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-12 yang akan diadakan di Taming Sari Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Majlis meraikan SN Ke-12, Dato’ Baha Zain dan kami berbesar hati kerana turut menjadi tetamu jemputan. Hotel Royale Chulan juga telah menjadi tempat yang amat bermakna buat saya pada tahun 2011 apabila di sini juga tempat saya menerima Hadiah Utama Kategori Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010. Terima kasih DBP atas jemputan. Dan terima kasih Sayidah Mu’izzah yang telah menemani saya ketika mengambil HSKU yang lalu.
31.05.2013 – Salah seorang teman akan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat memandangkan dia akan pergi ke Jepun untuk bekerja selama enam bulan. Insya-Allah, saya dan Eja akan turut hadir meraikan beliau.
Terima kasih kerana anda sudi membaca beberapa catatan kecil saya. Semoga bertemu lagi. =)
Category: #SEMBANGPIS