![]() |
Kredit: Google |
Agak lama saya tidak berceloteh di sini. Sibuk dengan urusan kerja dan pelbagai lagi aktiviti yang menuntut masa saya untuk tidak menulis sebarang entri di tanah maya kesayangan saya. Apapun, sekiranya ada di antara kalian yang mungkin menjengah masuk ke sini, tetapi berasa hampa kerana tiada sebarang entri yang baru, saya menyusun jari memohon maaf. Bukan niat untuk menghampakan kalian. =)
Entri kali ini sangat mudah. Saya hanya ingin menyentuh sedikit mengenai topik yang diutarakan di atas, iaitu Kepayahan dan juga Keseronokan.
Ada suatu ketika, dalam hidup ini, kita akan menemukan jalan yang sangat payah untuk kita lalui. Banyak liku, ujian, dugaan dan cabaran yang terpaksa kita tempuh. Namun, walau apapun yang berlaku, melangkahlah tanpa henti. Teruskan perjuangan walaupun kita jatuh acap kalinya.
Kenapa kita harus teruskan perjuangan? Kerana saya sangat pasti bahawa suatu hari nanti, kita akan menemukan pula keseronokan dalam perjalanan kita yang payah tadi. Setiap jatuh-bangun kita akan lebih dihargai dan pasti akan menjadi kenangan terindah yang tidak mampu dibeli walau di mana-mana pun.
Sampai sini dahulu. Nanti saya berkongsi lagi.