Assalamualaikum w.b.t.
Usai menonton rancangan realiti berkenaan dengan menurunkan berat badan iaitu The Biggest Loser sekitar pukul 10.30 malam tadi, terlintas di fikiran saya untuk mencoretkan sesuatu di sini.
![]() |
Kredit: Google |
Melihat usaha yang sangat gigih dilakukan oleh para peserta dan linangan air mata yang mengiringi perjuangan mereka untuk terus kekal dalam rancangan realiti tersebut benar-benar membuatkan saya rasa kagum. Kagum dengan kesungguhan dan kesabaran yang ditanam dalam diri mereka. Ya, tidak dinafikan, ada juga yang merungut dan hampir mengalah, tetapi apabila dimotivasikan oleh kehidupan sebelum menyertai rancangan itu dan juga bantuan ‘tekanan’ oleh Jillian dan Bob iaitu jurulatih mereka, segala usaha yang dilakukan mendatangkan hasil yang mengujakan. Rata-rata para peserta berjaya menurunkan berat badan dalam jumlah yang mereka sendiri tidak mampu untuk mempercayainya.
Penghujung rancangan tersebut, ada sesuatu yang membekas di hati saya berkenaan dengan apa yang saya usahakan kini. Mungkin pandangan kita tidak sama, tetapi saya melihat rancangan ini dari sudut yang berbeza. Menjadi perunding unit amanah memerlukan kesabaran dan usaha yang berterusan. Jangan sesekali mengalah walaupun mungkin terpaksa berhadapan dengan banyak tolakan (rejection). Jadi, kesimpulannya apa juga yang kita lakukan, haruslah disertai dengan rasa sabar dan juga digandingkan dengan usaha yang terus menerus supaya mendapat hasil yang kita inginkan.
Akhir kata, WALAU APA JUA YANG KITA LAKUKAN HARUSLAH DISERTAKAN DENGAN SABAR DAN USAHA YANG BERTERUSAN (ISTIQAMAH) UNTUK MENDAPAT APA JUGA YANG KITA INGINKAN!
Category: #SEMBANGPIS
Assalamualaikum Hafiz,
I've been with you through years. Working, sharing, struggling in doing everything that we want to achieve. And it's not just stop there. I also learn you; how you are so persistent in doing something even sometimes others knock you down. That's the thing I've been giving myself the teaches. Persistent. Thanks guru!
Just, keep moving on and believe in everything you do. Our journey is still long and so different than others. Sometimes people got a really easy way. We got the survival one. But thanks Allah, that way teach us to be strong.
Just stay together to support each other. We'll be always strong.
Waalaikumussalam Eja.
Don't call me guru. I'm just an ordinary guy who is trying to do some extraordinary things in my life. What I'm doing now, the priority is giving the best to my family and insya-Allah to our life as well.
Please keep moving on and keep believe in me. Also, stay together to support in whatever we do. And thanks for being my best buddy in life! =)