Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Pesta Buku di PWTC

Posted on 19/04/2009 by Hafiz Latiff
Assalamualaikum w.b.t.
Buat kalian…
Alhamdulillah, selesai sahaja ‘weekly training’ di Sterling Consultants, saya berkejar ke pesta buku di PWTC. Ingin menyokong teman-teman penulis yang sedang rancak mengeluarkan novel hasil karya masing-masing. Sempat juga saya bertemu dengan Aidil Khalid (Mantan MPR2007), novelis Bila Nysrah Kata Tak Mahu, Hafizul Osman (Mantan MPR2007), Azree Ariffin (Mantan MPR2005) beserta temannya dan juga Sayidah Mu’izzah (Mantan MPR2007), novelis Janji Miftahul Raudhah (dilancarkan pada hari ini). Saya bangga melihat ketekunan dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh Aidil, Mu’izzah dan juga teman-teman yang lain. Walaupun sibuk dengan kuliah, peperiksaan dan juga tugas harian, namun masih juga sempat meluangkan masa untuk menghasilkan karya-karya terkini dan sensasi.
Seawal pagi, Aidil telah mula mempromosikan novel beliau. Manakala Mu’izzah pula mula mempromosikan novel beliau pada sebelah petangnya. Lelah menghadapi peperiksaan (masih belum tidur sehari suntuk) seakan berlalu pergi apabila melihat novel sulung beliau berada dalam pegangannya. Bagi saya pula, melihat rakan-rakan novelis menandatangani hasil karya mereka setelah dibeli oleh pengunjung (seakan artis gayanya), melayani karenah peminat-peminat mereka, secara tidak langsung membuatkan saya teruja (walau hakikatnya terselit juga rasa cemburu, tapi cemburu yang baik-baik ya!)
Selesai minum petang, saya dan Mu’izzah melawat ke gerai Jemari Seni dan berkesempatan untuk bertemu dengan novelis kesayangan saya, Pn. Noor Suraya Adnan (antara karya kesayangan Biru Ungu Cinta dan Surat Ungu Untuk Nuha). Terharu apabila Kak Su (saya menggelarnya begitu) masih lagi ingat pada saya. Alhamdulillah, lewat sore itu, Kak Su menghadiahkan saya novel kanak-kanak beliau lengkap ditandatangani oleh beliau (dengan harapan agar saya menulis semula). Heheh.
Kalian, doakan saya memiliki kekuatan untuk menyahut cabaran mereka semua. Namun, bukan kerana cabaran semata-mata, tetapi atas rasa CINTA yang sangat mendalam terhadap dunia penulisan, saya akan berusaha! Ajaa… Ajaa… Fighting! Baasyah! (Gaya Ju Yoo Rin dalam drama Korea, My Girl)
18-04-2009
Gombak.
Category: #SEMBANGPIS

5 thoughts on “Pesta Buku di PWTC”

  1. Aidil Khalid says:
    19/04/2009 at 5:20 PM

    Gambar ketika di gerai Galeri Ilmu tidak diupload sekalikah? =)

    Reply
  2. Nimoiz T.Y says:
    19/04/2009 at 9:52 PM

    Itulah Haziz, tengok orang lain jadi cemburu je. Kita ni bilalah nak jadi tulis novel.

    Tapi takpe hazfiz, nanti kita tulis buku motivasi. Biarlah lari dari bidang pun.

    Kan.

    Reply
  3. HAFIZ LATIFF says:
    20/04/2009 at 3:10 AM

    assalamualaikum w.b.t.

    aidil…
    maaf sebab tidak sempat dimuat-turun lagi. kamera itu pun eja yang punya. jadi, kenalah tanya tuan punya badan. hehe. insyaAllah, nanti aku letak bila aku dapat dari eja ok?

    abe nik…
    sekejap HAZIZ, sekejap HAZFIZ… mana satu ni abe nik? huhu. HAFIZ la… abe nik dah hebat, buku dah banyak. ye, betul. insyaAllah, kita sama-sama tulis buku motivasi ye? hehe. mungkin buku duet bersama ke? ;p

    Reply
  4. Sayidah Mu'izzah says:
    20/04/2009 at 3:26 AM

    salam Ilham,
    thanks sebab jadi camera man masa majlis pelancaran novel JMR. nanti ambik gambar2 tu dgn eja k… and i’m waiting for your book!

    Reply
  5. HAFIZ LATIFF says:
    21/04/2009 at 12:51 PM

    salam…

    sayidah mu’izzah…
    sama-sama. insyaAllah, nanti saya ambil gambar2 tu kat awak. harapnya saya dapat kekuatan juga untuk menulis buku. hehe…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

April 2009
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Mar   May »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme