Tak Ingat atau Lupa?

Assalamualaikum w.b.t.
Kawan, teman, rakan, sahabat…
Apa perbezaan antara ‘tak ingat’ dengan ‘lupa’?
Ini definisi saya, tetapi mungkin setiap daripada kita punyai pandangan yang berbeza.
‘Tak ingat’ = kita perlukan masa untuk mengingati sesuatu tetapi tidak bermakna kita melupakan sesuatu
‘Lupa’ = kita memang langsung tak ingat sesuatu perkara tersebut
Saya terfikir juga, kadang-kadang saya ‘tak ingat’ ke atau ‘lupa’ ke? Yang pasti, saya akan tetap ingat dan tidak akan lupa pada anda semua walau sesibuk mana pun saya… terima kasih atas sokongan dan dorongan kalian.
11-03-2009
Bangsar.