Suntuk Masa…

Hari ini kau datang
dan aku pergi…
Hari esok aku datang
dan kau pula berlalu pergi…
Hari lusa kita datang
dan tiada siapa melangkah pergi…

Hari ini aku kembali
Hari esok aku pergi
Hari lusa entah apa akan jadi…

Inilah ketentuan Ilahi
Inilah rahmat yang diberi
dalam suntuk masa ini
aku berlari dan kau
hadir kembali di sisi…

Hafiz Latiff
08-04-2005
Kuala Lumpur.