Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t., kini novel sulung saya sudah berada di pasaran. 19/03/2011 menjadi tarikh keramat untuk saya. InsyaAllah, semoga dengan kelahiran novel ini akan menguatkan lagi semangat saya untuk terus menulis, menulis dan menulis. Doakan saya ya?
MANIFESTASI POSTMORTAL terbitan Produksi Nur-Johan Sdn.Bhd merupakan buah tangan pertama saya untuk anda semua. Saya dedikasikan novel ini khas buat Mama, arwah Abah, Adik Mira, Sayidah Mu’izzah, keluarga, teman-teman dan juga anda yang sudi membaca dan menyokong saya selama ini. Terima kasih!
Blok I punya sejarahnya yang rahsia. Bertahun ia terpendam dan tiada yang menerima isyarat untuk menyelongkar.
Imtiyaz dihantui pelbagai misteri setelah berpindah ke sekolah baru. Misteri ini telah menemukannya dengan seorang gadis pendiam yang memiliki kebolehan istimewa, bernama Ainul Hikmah. Illiyaz, remaja yang hilang tanpa ada tanda. Irfan, sepupu Imtiyaz belajar jadi berani setelah percaya akan isyarat yang diterima dari Blok I itu ditujukan kepada mereka.
Apakah isyarat yang diterima dari Blok I? Berjayakah misteri Blok I yang sekian lama terpendam itu dibongkarkan?
Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu mendapatkan novel ini dan alami sendiri cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Imtiyaz, Ainul Hikmah, Illiyaz dan Irfan.
Tajuk : MANIFESTASI POSTMORTAL
Penulis : Mohammad Hafiz
Penerbit : Produksi Nur-Johan Sdn.Bhd
Harga : RM 14.00 RM 12 (tidak termasuk harga pos)
Harga Pos : i) Semenanjung Malaysia = RM5
ii) Sabah & Sarawak = RM8
Anda boleh membuat pesanan kepada saya menerusi:
E-mel : ilham.hafiz111@gmail.com
Setiap pesanan akan menerima HADIAH MISTERI daripada saya!
Saya menerima pembayaran pindahan wang ke bank-bank berikut :
-
Maybank
-
CIMB
-
Bank Simpanan Nasional (BSN)
-
Bank Islam
-
Public Bank
Sila maklumkan:
-
Nama bank
-
Waktu pindahan wang dibuat
-
Amaun bayaran
Mari alami pengalaman yang mendebarkan
dalam
MANIFESTASI POSTMORTAL!
dalam
MANIFESTASI POSTMORTAL!
Category: #SEMBANGPIS
tahniah atas usaha yang berteruskan..akhirnya ko berjaya.. dan teruskan usaha lagi..mana tahu 1 hari nnti menjd penulis terkenal tanah air.. Em,sebagai kawn yg hampir 20tahun..xkan lah aku xnak memiliki buku pertama teman aku nie kan.. hehehe. bila ko balik kg..jgn lupa bawak buku nie..pastkan ade t.tangan ko.. RM14.00 je kan.. hehe. pe2 pun..tahniah..
Assalamualaikum Yanz,
Terima kasih kerana sentiasa menyokong aku sejak dulu lagi. InsyaAllah, nanti aku jumpa ko, aku pasti akan bagi anak sulung aku dengan tandatangan istimewa untuk ko. Heheheh. Apapun, terima kasih sekali lagi. Tolonglah promosikan juga anak sulung aku ya? ;p