*Gambar Kelas 4 Sains 1, 2001
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni, saya nak cerita tentang pengalaman masa sekolah dulu. Korang pun mesti ada pengalaman masing-masing kan? Ada yang manis, pahit, masin, masam, kelat dan lain-lain. Heheh. Tak apa, korang boleh cerita pengalaman korang di ruang komen ok? ;p
Tengok balik gambar kat atas tu, teringat la pula masa berada di sekolah menengah. Cuba korang cari kat mana saya? Agak-agak yang paling hensem kat dalam gambar tu, saya la. Hahaha… =)
Paling seronok nak cerita masa di sekolah menengah. Sebabnya, masa ni la saya mula kenal tentang puisi, tentang erti kawan atau sahabat, paling penting tentang cinta! Haha. Kelakar gila kalau nak ingat kisah cinta zaman sekolah dulu. Bukan nak perasan, tapi saya ni agak aktif di sekolah, jadi satu sekolah kenal siapa saya. Nak dijadikan cerita, saya dengan budak perempuan ni memang aktif dan kami dalam satu pasukan untuk menyertai Sayembara Puisi Sains atau Puisidra (sebab ada ala-ala drama sambil deklamasi puisi). Kitorang memang agak rapat la dari tingkatan 1 hinggalah tamat persekolahan. Satu hari, kisah cinta ‘kantoi’ bila surat cinta saya jatuh ke tangan cikgu penyelia kami. Adoyai. Tambah gamat lagi, cikgu penyelia tu agaklah kecoh orangnya, habis di setiap kelas yang dia mengajar, dia akan cerita tentang kami. Masa tu, paling lega sebab kami tidak di’sanding’kan di atas pentas semasa perhimpunan. Sebab masa tu, isu sanding-sanding ni hangat dilaksanakan untuk Uda dan Dara di sekolah kami. Haha…
Walau apapun, sekarang ni dia pun dah kahwin dengan teman sekelas kami juga. Kalau tak silap, bulan depan ni bakal menimang cahaya mata pertama. Paling mantap, masa mereka kahwin dulu, saya yang jadi pengacara majlisnya. Haha… Kepada korang, kalau nak kahwin lepas ni dan ingin mencari pengacara majlis, bolehlah emelkan kepada saya, ok? Harga boleh dirunding punya. Hahah…
Erm, manalah perginya korang semua yang kat atas tu ek? Kalau ada yang terbaca entri ni, harapnya dapatlah korang hubungi saya ni. Rindu sangat, lama tak jumpa. Heheh. Sebenarnya, banyak lagi nak cerita tentang pengalaman sekolah, tapi nanti-nantilah kot. Nak pergi makan jap.
Sampai jumpa lagi, daa… =)
p/s : Bertambah lagi sebulan usia perkenalan kita kan? Terima kasih untuk bahagia ini. ;p
11-11-2009
Teratak Bonda, Taiping.
Category: #SEMBANGPIS
Saya pun selalu digandingkan dengan seseorang ketika di sekolah…sentiasa dan muka kami memang dicop sebagai muka yang memang sangat popular dengan puisi di sekolah…
pernah ketika bosan dalam kelas, kami berchating atas kertas…dan kertas tu 'kantoi' dengan kawan kami yang sangat nakal dan dia nak tampal helaian chat kami di softboard depan kelas…kami cuak gila masa tu…
tapi nasib baik dia tak buat…
budak-budak lelaki teknik airport memang sengal…tapi diorang sangat sempoi…miss them all!
salam…
eja,
biasalah budak-budak lelaki selalunya memang nakal pun. nasib baik masa tu belum ada 'facebook'. kalau tak, habis di'tampal'nya atas dinding laman awak. haha…
dan sekarang pun, kita 'kantoi' juga kan? haha… ;p
=)
hehe
comel gambar anda..
haha
salam…
sayapjannaim,
comellah sangat! heheh… ;p
macam kenal je…budak perempuan tu… yela saya pun ade mengiringi persembahan hafiz di smk muzaffar syah lambor kanan dulu…
bonda kimsalam…
Intan,
Ya, terima kasih kerana menjadi pengiring ketika pertandingan tersebut. Kirim salam juga kepada Bonda. Agak lama tak jumpa. =)