Assalamualaikum w.b.t. Pada 8hb April yang lalu, saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang pembimbing dalam bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dengan kerjasama Kolej Mara Banting (KMB) dan Kolej Mara Seremban (KMS). Seramai 12 orang peserta yang terlibat. Bengkel diadakan di salah sebuah Rumah Kelab yang sangat selesa di Kota…
Category: #SEMBANGPIS
Ulasan Novel MP oleh Fadli al-Akiti
Assalamualaikum w.b.t. Terharu apabila Editor Dewan Sastera, Sdr. Muhammad Fadli al-Akiti sudi membaca novel Manifestasi Postmortal. Lebih terharu apabila beliau sudi pula membuat ulasan berkenaan novel tersebut. Novel sulung saya yang tidak seberapa itu akhirnya telah ‘dibedah’ oleh beliau. Dan, sungguh, saya gusar ketika ingin membaca ulasan beliau yang ditulis di blognya. Apapun, kepada kalian…
Komitmen
Sengaja saya memilih tarikh hari ini untuk menulis entri berkenaan komitmen. Apa kaitan tarikh hari ini dengan apa yang bakal saya kongsikan dengan anda? Secara jujurnya, saya tidak tahu sama ada ianya mempunyai kaitan dengan anda ataupun tidak. Tetapi, jutaan terima kasih ingin diucapkan atas kesudian kalian untuk terus membaca entri kali ini. Komitmen? Semenjak…
Sejarah
Assalamualaikum w.b.t. Kita semua telah, sedang dan akan mencipta sejarah! Percaya atau tidak, saya akan buktikan bahawa kita semua telah, sedang dan akan mencipta sejarah. Pada tanggal hari kelahiran kita, secara tidak langsung kita telah pun mencipta sejarah, sama ada peribadi kepada diri sendiri mahupun kepada keluarga kita. Kita melakar sejarah baru saat sebaik sahaja…
Peraduan Menulis Ulasan Novel: MANIFESTASI POSTMORTAL Dilanjutkan
Assalamualaikum w.b.t. Atas permintaan beberapa orang pembaca, saya lanjutkan PERADUAN MENULIS ULASAN NOVEL: MANIFESTASI POSTMORTAL yang sepatutnya berakhir pada 31 Januari 2012 yang lalu kepada: 29 FEBRUARI 2012 (RABU) Sila emelkan ulasan anda kepada saya. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati di sini. Selamat membaca dan selamat mengulas! Terima kasih. =)
Kami: Sang Pemimpi
Kredit: Google Begitu cepat masa berlalu. Tanpa saya sedar, hari ini sudah menjangkau tiga tahun usia perkenalan kami. Dan dalam masa tiga tahun ini, tidak dinafikan, terlalu banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup kami (sebagai individu, mahupun ketika bersama). Ada jatuh, ada bangun. Ada suka, ada duka. Semuanya disimpan dalam lipatan kenangan, tersemat dalam…
Peraduan Menulis Ulasan Novel: MANIFESTASI POSTMORTAL
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Sempena tahun 2012, saya ingin menganjurkan PERADUAN MENULIS ULASAN NOVEL MANIFESTASI POSTMORTAL! Kredit: Produksi Nur-Johan Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan:- 1) Ulasan minimum 2 mukasurat, maksimum 3 mukasurat. 2) Times New Roman @ Arial, saiz 12, langkau dua baris. 3) Ulasan mestilah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. (Bahasa slanga tidak dibenarkan) Tarikh…