Assalamualaikum w.b.t. Hari ini cukup setahun laman ini terbiar; bersawang. Dalam setahun, ada banyak benda yang ingin dikongsikan sebenarnya. Insya-Allah, jika berkesempatan, mungkin nanti aku akan kongsikan. Apapun, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H. Maaf zahir dan batin. =) Aku maafkan segala kesalahan orang di sekeliling aku. Moga mereka…
Category: #SEMBANGPIS
SALAM AIDILFITRI 1434H
Assalamualaikum w.b.t. Dengan rendah hati, saya dan isteri mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang perkenalan kita. Mungkin ada tutur kata yang tidak disenangi, tingkah laku yang tidak dipersetujui. Apapun, moga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat kalian. Berhati-hati ketika memandu. Ingatlah insan yang tersayang. =)
TERBARU DARIPADA LEGASI OAKHEART
20 JULAI 2013 – Majlis Pelancaran Majalah LEGASI, Kedai Buku Maya LEGASI BUKU dan Iftar Legasi Oakheart di Restoran Taj Hadramawth, Taman Melati, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Editor Dewan Sastera, Tuan Fadli al-Akiti dan disaksikan oleh 7 orang ahli Legasi Oakheart yang dapat hadir tadi. Tuan Fadli al-Akiti juga merupakan pemilik blog Tonton…
10 Julai 2013 : RAMADAN & ANGKA 28
Syukur alhamdulillah, tahun ini saya rasa amat bertuah. 10 Julai 2013 jatuh pada 1 Ramadan 1434H. Tarikh ini juga kebetulan merupakan tarikh hari lahir saya yang sudah menjangkau usia 28 tahun. Betapa dalam usia yang semakin bertambah, tanggungjawab juga semakin banyak. Moga saya terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi setiap ujian-Nya. Juga, moga saya…
Jun 2013
15.06.2013 – LEGASI OAKHEART dijemput untuk memberikan Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi, Cerpen, Etika & Terjah Media) di SMK Agama Kuala Selangor, Selangor. Seramai lebih kurang 250 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan empat dan tingkatan lima menyertai bengkel tersebut. Saya mengendalikan sesi Etika & Terjah Media, Sayidah Mu’izzah mengendalikan sesi Puisi dan Fathul Khair Mohd…
Berwang
Berwang, AustriaKredit : http://www.flickriver.com/photos/tags/berwang/interesting/ *Ini bukan entri tentang Berwang, Austria ya kawan-kawan. ;p Anda pernah dengar orang cakap atau baca ayat ini tak? “Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan duit.” Saya mula tahu tentang ayat ini jika tidak salah saya sekitar tahun 2003 atau 2004. Ketika itu, saya kurang percaya dan tidak bersetuju dengan ayat…
Telah & Akan: Mei 2013
TELAH: 04.05.2013 – LEGASI OAKHEART mencipta sejarah apabila diberikan ruang oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk mengadakan sesi Gebang Naskhah Legasi Oakheart di Sofa Putih ITBM sempena hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang lalu. Alhamdulillah, ramai juga yang hadir memberi sokongan. Moderatornya Fathul Khair Mohd Dahlan dan tiga orang tukang…