Singgah Tanjung Malim, ada beberapa hal perlu dibincangkan bersama-sama Zamri Mohamad. Perancangan untuk tahun 2023 dan akan datang, insya-Allah. Usai di ZUS Coffee, perbincangan disambung sambil makan malam di Sarang Art Hub. Suasana masih sama seperti dahulu dengan beberapa penambahan baharu seperti Warung Pak Jabit, dll. Malam tadi ada kumpulan muzik buat persembahan di situ….
Category: LAKI-BINI
RANGKUMAN 10 TAHUN
Fasa 10 tahun usai dilalui. Jika mahu dirangkumkan segala pencapaian mahupun kepahitan yang datang dan pergi dalam hidup kami, sukar dinyatakan. Terima kasih kerana sentiasa percaya dan tetap ada. Terima kasih juga kepada kalian yang sentiasa menyokong usaha dan perjuangan kami. Boleh tonton video rangkuman borak rawak saya di sini: https://youtu.be/2VI7IsgutyU #bukanamigobiasa #hafizmuizzah #legasioakheart #kurasbuku…
SEDEKAD HAFIZ MU’IZZAH
10 tahun hanyalah relatif masa. Sedangkan ada banyak lagi lorong kehidupan yang bakal dilalui dan diterokai, insya-Allah. Terima kasih kerana sering menguatkan semangat, Eja.
LAKI-BINI (3): DENGKUR
SALAH satu cara Tuhan uji hidup kau sebagai laki-bini adalah dengan dengkur. Sejauh mana kau boleh bersabar dengan bunyi dengkuran laki atau bini kau sementara tunggu kau nak tenggelam dalam lena dan berlayar dalam mimpi nan indah mahupun ngeri. Awal-awal kahwin, mungkin kau akan saling ‘bising’ sebab nak ‘biasakan’ diri. Lepas tu, masing-masing akan bersengkang…
LAKI-BINI (2): BAHU & DADA SUAMI
AMARAN: Dibaca dengan penuh hati-hati. Budak bawah umur, pergi main jauh-jauh. ;p KAU rasa kalau seumur hidup kau, kau biar atau benarkan bini kau tidur kat bahu atau dada kau, bahu atau dada kau tu akan nipis atau kau akan berjalan dengan bahu yang senget atau dada yang berlopak? Tak! Tak! Tak! Sebab lantaklah bantal…
LAKI-BINI (1): DETIK PERKENALAN
JANUARI 2009 bertempat di KL Sentral, detik mula kami kenal. Ya, 6 tahun lalu. Dan ini bukan detik perkenalan aku dan AGU ya, geng! Hahah. Aku dan AGU kenal lewat 4 bulan selepas aku kenal dengan orang yang aku nak cerita ni. ;p Kami jadi ahli jawatankuasa untuk majlis Perhimpunan Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR)…