SEJAK beberapa tahun yang lalu, aku cuba untuk berada di acara ini jika tidak berhalangan. Acara yang sudah bertahan selama 17 tahun. Malah, sejak dua tahun lalu, Geng Legasi Oakheart turut diberi peluang untuk membuka reruai di sini, menjual buku/majalah/zine kami dan rakan-rakan penerbit lain. Sayangnya, selama bertahun-tahun ini, ada sesuatu yang kurang dengan acara…
Author: Hafiz Latiff
HADAPI DENGAN SENYUMAN
ADA hamba Allah yang memulakan tahun baru dengan kejayaan-kejayaan yang dibawanya sejak tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. Ada hamba Allah yang lain pula dihadirkan ujian dan dugaan maha besar untuk dihadapi sedaya mungkin. Apapun, hadapi ia dengan senyuman. Kita doakan yang baik-baik ya, kawan-kawan.
CUKUP SETAHUN
Assalamualaikum w.b.t. Hari ini cukup setahun laman ini terbiar; bersawang. Dalam setahun, ada banyak benda yang ingin dikongsikan sebenarnya. Insya-Allah, jika berkesempatan, mungkin nanti aku akan kongsikan. Apapun, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H. Maaf zahir dan batin. =) Aku maafkan segala kesalahan orang di sekeliling aku. Moga mereka…
SALAM AIDILFITRI 1434H
Assalamualaikum w.b.t. Dengan rendah hati, saya dan isteri mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang perkenalan kita. Mungkin ada tutur kata yang tidak disenangi, tingkah laku yang tidak dipersetujui. Apapun, moga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat kalian. Berhati-hati ketika memandu. Ingatlah insan yang tersayang. =)
#2 PANTUL KATA – Nick Vujicic
Saya pernah berkongsi dengan rakan-rakan dalam bidang perancangan kewangan di Al Hafiz Consultants ketika mengendalikan sesi motivasi mingguan. Sebagai penutup sesi tersebut, saya beri kesempatan kepada mereka untuk menonton sebuah video tentang seorang lelaki yang sangat memberi inspirasi kepada saya. Seorang lelaki yang sangat tulus dalam menyampaikan rasa dan emosinya. Nick Vujicic telah datang ke…
#1 PANTUL KATA – Eileen Caddy
Mulai bulan Ogos 2013, saya wujudkan ruangan baru sebagai perkongsian ilmu dan refleksi kepada apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Terimalah ruangan PANTUL KATA yang memuatkan kata-kata semangat daripada insan-insan yang memberi inspirasi kepada saya, dan tidak mustahil juga kepada anda!
TERBARU DARIPADA LEGASI OAKHEART
20 JULAI 2013 – Majlis Pelancaran Majalah LEGASI, Kedai Buku Maya LEGASI BUKU dan Iftar Legasi Oakheart di Restoran Taj Hadramawth, Taman Melati, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Editor Dewan Sastera, Tuan Fadli al-Akiti dan disaksikan oleh 7 orang ahli Legasi Oakheart yang dapat hadir tadi. Tuan Fadli al-Akiti juga merupakan pemilik blog Tonton…