Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

SERUAN MEMBACA DAN MENGEMBARA

Posted on 11/02/202312/02/2023 by Hafiz Latiff

Sebenarnya buku ini sudah lama masuk dalam senarai TBR (to be read) saya. Tetapi, masih belum sampai seru untuk membaca, sehinggalah pulangnya kami dari bumi Jerman November 2022 dan kerinduan mula menerjah ruang diri.

Betullah seperti yang dikatakan penulisnya, Tuan Khairul Abdullah, “Rasanya Jerman ni, kes dia adalah ‘tak kenal, maka tak cinta’.”

Sambil membaca buku ini, sesekali saya jadi ingat kembali pengalaman kembara yang lalu.

Ada waktu saya berhenti membaca dan berbincang dengan Sayidah Mu’izzah. Mengimbau hal-hal yang kami lalui ketika berada di sana.

Naskhah ini bukan dihasilkan sebagai travelog yang biasa kita baca. Ia dikarang kemas sebagai panduan asas (mungkin lengkap) untuk kita yang kali pertama mahu menjejakkan kaki di bumi Jerman.

Tidak hanya berkongsi pengalaman, tetapi turut diselitkan dengan tip, pantang larang dan paling mantap pastilah perkongsian asas untuk berkomunikasi.

Ini memang penting. Dalam banyak hal, komunikasi asas amat memudahkan dan ‘menyelamatkan’ kita ketika mengembara. Tak rugi untuk belajar ayat-ayat asas di setiap negara yang kita kunjungi.

Jika berpeluang, bacalah dan dapatkan gambaran awal sebelum kita mengembara ke sesebuah negara tersebut.

Ada yang pernah berkata, membaca adalah jendela mengenal dunia. Maka dengan membaca, kita turut mengembara dan mengenal diri kita.

Wir sehen uns wieder, Deutschland.

Category: #SIBUK (Sembang Industri Buku)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan    
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme