Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

BOOKTUBEMY x PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

Posted on 17/01/2023 by Hafiz Latiff

Pagi tadi saya diundang oleh pihak Perpustakaan Kuala Lumpur.

Sebagai konsultan dan kurator kandungan, saya usulkan beberapa program kolaborasi yang dapat dilaksanakan dalam tahun 2023 ini, insya-Allah.

Antara jalinan kerjasama yang akan dibuat nanti adalah bersama-sama dengan Persatuan Booktube Malaysia.

Tahun ini, BooktubeMY membuka ruang untuk kita sama-sama menjalin kerjasama dalam usaha lebih merancakkan acara-acara perbukuan secara dalam talian mahupun fizikal, baik di Kuala Lumpur / Selangor atau di seluruh negara.

Bahkan, jika ada peluang berkolaborasi sehingga ke peringkat antarabangsa pun, kita boleh sama-sama usahakan, insya-Allah. Malah, sebelum ini BooktubeMY sudah menjalin kerjasama juga dengan rakan-rakan dari Singapura, Indonesia dan Filipina.

Kami juga mahu lebih banyak terlibat dalam kempen pemasaran dan memastikan buku-buku karya tempatan dapat diketengahkan dengan lebih baik melalui kandungan yang dihasilkan oleh para penggiat booktube seperti resensi buku, diskusi, dll.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan, Puan Rosidah Ismail, Puan Anita, Tuan Faizal dan juga PKL.

Foto: PKL

Category: #SIBUK (Sembang Industri Buku)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme