Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN #02 BOOKTUBEMY

Posted on 15/01/202317/01/2023 by Hafiz Latiff

Semalam, 14 Januari 2023, jam 10.10 pagi melalui platform Zoom, Persatuan Booktube Malaysia telah melunaskan tanggungjawab untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2.

Selain ucapan presiden, pengesahan minit mesyuarat dan penyata kewangan tahun 2022, perlantikan Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi sesi 2023/2024 juga telah dilakukan.

Wajah-wajah baharu dinaikkan dengan sokongan mantan AJK dan ahli persatuan. Wajah-wajah inilah yang akan menggerakkan BooktubeMY bersama-sama para booktuber, mewarnai industri perbukuan negara dengan pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan nanti.

Beberapa cadangan aktiviti telah disenaraikan. Pelbagai projek kolaborasi bersama penerbit, persatuan dan penulis juga turut tersisip dalam perbincangan.

Kepada sahabat BooktubeMY dalam kalangan penerbit, penulis dan penggiat industri buku yang ingin berkolaborasi dengan kami, amat dialu-alukan.

Semakin banyak aktiviti yang melibatkan buku, semakin menyerlahkan wajah ilmu.

Tahniah kepada barisan AJK BooktubeMY sesi 2023/2024, dan terima kasih kepada mantan AJK 2021/2022 yang telah membuat langkah awal menggerakkan persatuan.

Semoga industri buku terus berkembang dan khazanah ilmu tetap dijulang.

Category: #SIBUK (Sembang Industri Buku)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme