Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

RAIKAN KEBAHAGIAAN SESEDERHANANYA

Posted on 07/01/202308/01/2023 by Hafiz Latiff

Singgah Tanjung Malim, ada beberapa hal perlu dibincangkan bersama-sama Zamri Mohamad. Perancangan untuk tahun 2023 dan akan datang, insya-Allah.

Usai di ZUS Coffee, perbincangan disambung sambil makan malam di Sarang Art Hub. Suasana masih sama seperti dahulu dengan beberapa penambahan baharu seperti Warung Pak Jabit, dll.

Malam tadi ada kumpulan muzik buat persembahan di situ. Pilihan lagu yang dinyanyikan memang ‘melekat’.

Menuju pulang ke rumah, perjalanan berbaki sekitar sejam setengah. Sayidah Mu’izzah buka YouTube dan hubungkan ke ‘bluetooth’ kereta.

Fikiran saya sesekali kembali kepada hal-hal yang dibincangkan tadi. Membuat kira-kira dan pertimbangan. Tidak banyak yang diborakkan semasa memandu.

‘Playlist’ yang mengiringi malam dinihari kami sebelum sampai ke rumah:

1. Lagu Untukmu – Meet Uncle Hussain

2. Pokok – Meet Uncle Hussain ft. Hazama

3. Situasi – Bunkface

4. Roman Cinta – Mojo

5. Potret – Akim & The Majistret

6. Mewangi – Akim & The Majistret

7. Semalam Yang Hangat – Wings

8. Bernafas Dalam Lumpur – Wings

9. Kalimah Cinta – Amy Search

10. Fantasia Bulan Madu – Search

11. Srikandi Cintaku – Amy Search

12. Srikandi Cintaku – M. Nasir

13. Extravaganza – Bunkface

14. Marabahaya – Pop Shuvit

15. Drama King – Meet Uncle Hussain

Rasanya begitulah. Ada waktu, kami melayan fikiran masing-masing. Sesekali, kami nyanyi bersama, raikan kebahagiaan sesederhananya.

#bukanamigobiasa #hafizmuizzah

Category: #SEMBANGPIS, LAKI-BINI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme