Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

POMODORO DAN MENILAI KEMBALI AKTIVITI MEMBACA

Posted on 02/01/202305/01/2023 by Hafiz Latiff

Hari ini saya menemani Sayidah Mu’izzah bekerja di luar. Jadi, sebelum keluar, macam biasa saya akan capai sebuah buku untuk dibawa bersama. Dan hari ini, saya menilai kembali aktiviti membaca saya.

Setiap kali hujung tahun, saya cuba lihat semula rekod bacaan; buku apa yang dibaca, siapa penulis atau penerbitnya, sudah habis dibaca atau hanya baca secara tebuk-tebuk.

Apabila dilihat semula, banyak sebenarnya yang dibaca secara tebuk-tebuk atas beberapa faktor.

1. Baca atas keperluan kerja sebagai hos/moderator. Perlu baca untuk tahu mengemudi diskusi.

2. Baca untuk mencari solusi kepada permasalahan yang sedang dihadapi.

3. Saya pembaca yang perlahan dan juga pembaca poligami. Jadinya, tidak fokus kepada satu buku sahaja dalam satu masa.

Melihatkan banyak buku yang dibaca secara tebuk-tebuk atau DNF (did not finish), hari ini saya mencuba kembali Teknik Pomodoro untuk bantu saya fokus membaca.

Teknik Pomodoro ialah penyelesaian pengurusan masa yang dibangunkan oleh Francesco Cirillo pada tahun 1980-an.

Bagaimana Teknik Pomodoro berfungsi pada saya?

1. Tetapkan matlamat

Sebagai eksperimen tahun baharu, saya memilih Buku: Pemula Segala untuk ditamatkan bacaannya dalam masa dua jam.

2. Tetapkan pemasa

Saya menetapkan masa selama 15 minit untuk setiap pusingan. Kebetulan di Mi Band 6 yang saya pakai selama ini ada tetapan untuk Pomodoro.

3. Baca buku mengikut masa yang sudah ditetapkan setiap pusingan.

4. Masa rehat

Apabila 15 minit sudah tamat, pemasa akan bergetar. Boleh berhenti dahulu membaca dan tetapkan masa rehat.

Saya menetapkan masa rehat selama 5 minit.

5. Tamat masa rehat, sambung semula pusingan seterusnya.

Alhamdulillah, hari ini usai membaca naskhah ini. Benar-benar menjadi pemula segala untuk meneruskan perjuangan pada tahun 2023 ini.

Terima kasih Safa Safwan dan Sajida Zulkafli kerana menulis buku yang memberi inspirasi ini. Teruskan berkarya.

Category: #SIBUK (Sembang Industri Buku)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme