Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Month: January 2023

KOL DUNIA BUKU: BUAT APA?

Posted on 27/01/2023 by Hafiz Latiff

Apa itu KOL? Key Opinion Leader. Ataupun bahasa mudah fahamnya, influencer. Mengapa perlu kita dengar tentang pempengaruh dalam dunia buku? Kerana ini adalah zamannya. Salah satu cabang pemasaran yang mempunyai capaian pantas dan tepat kepada pasaran, ialah kolaborasi dengan KOL. Penerbit, penulis dan penulis swaterbit wajib tahu apakah yang dibuat oleh KOL, dan apa yang…

Read more

MEMBACA PANTUL KATA BUKAN DONGENGAN KOSONG

Posted on 24/01/202325/01/2023 by Hafiz Latiff

Puisi sentiasa magis. Sejak dahulu lagi, ketika mula-mula saya mahu belajar menulis, puisi adalah genre yang saya akrabi. Walaupun saya turut membaca genre-genre lain, buku-buku puisi tetap sangat dekat di hati. Ada puisi yang sepertinya sangat sederhana dalam pemilihan diksi, tetapi membawa makna yang mendalam dan melekat di jiwa. Ada puisi yang terlalu mahu bermain…

Read more

MUZIK DAN ZEN DALAM PEMBACAAN

Posted on 23/01/202323/01/2023 by Hafiz Latiff

Membaca Catatan Zunita di Jepun yang ditulis oleh Puan Zunita Ramli seperti membelek sebuah katalog. Apatah lagi, ketika buku ini sampai, ia turut disertakan dengan beberapa keping poskad dan sekeping kad penghargaan daripada beliau. Saya fikir, latar dan pengalaman beliau sebagai pengasas rangkaian produk Tokyo Organic menjadi nilai tambah dalam gaya persembahan buku ini. Setiap…

Read more

PEMBACA PERLAHAN DAN POLIGAMI

Posted on 21/01/2023 by Hafiz Latiff

Saya pembaca yang perlahan. Ada ketika, saya mengambil masa sehingga lebih seminggu untuk menghabiskan bacaan sesebuah buku. Itupun jika buku tersebut benar-benar menangkap perhatian saya untuk diselesaikan. Jika tidak, selalunya saya akan jadi pembaca poligami. Baca pelbagai buku secara tebuk-tebuk. Bacaan pantas untuk dapatkan maklumat-maklumat tertentu sahaja. Ada yang habis dibaca walaupun akan ambil masa…

Read more

GONG XI RAYA

Posted on 19/01/2023 by Hafiz Latiff

Pagi tadi pergi servis AGU. Sejak menetap di sini, memang di bengkel kereta inilah yang akan saya kunjungi. Orang kata, kereta jangan bagi banyak orang ‘pegang’. Masa menetap di Bangi dahulu pun, hanya satu bengkel itulah yang akan saya pergi. Kini, di sini pula. Alhamdulillah, AGU sudah menjangkau usia 14 tahun dan masih gagah menemani…

Read more

BOOKTUBEMY x PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

Posted on 17/01/2023 by Hafiz Latiff

Pagi tadi saya diundang oleh pihak Perpustakaan Kuala Lumpur. Sebagai konsultan dan kurator kandungan, saya usulkan beberapa program kolaborasi yang dapat dilaksanakan dalam tahun 2023 ini, insya-Allah. Antara jalinan kerjasama yang akan dibuat nanti adalah bersama-sama dengan Persatuan Booktube Malaysia. Tahun ini, BooktubeMY membuka ruang untuk kita sama-sama menjalin kerjasama dalam usaha lebih merancakkan acara-acara…

Read more

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN #02 BOOKTUBEMY

Posted on 15/01/202317/01/2023 by Hafiz Latiff

Semalam, 14 Januari 2023, jam 10.10 pagi melalui platform Zoom, Persatuan Booktube Malaysia telah melunaskan tanggungjawab untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2. Selain ucapan presiden, pengesahan minit mesyuarat dan penyata kewangan tahun 2022, perlantikan Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi sesi 2023/2024 juga telah dilakukan. Wajah-wajah baharu dinaikkan dengan sokongan mantan AJK dan ahli persatuan. Wajah-wajah…

Read more
  • 1
  • 2
  • Next

Kategori

Arkib

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme