Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

#KABO24JAM & EULOGI UNTUK AZHAR IBRAHIM

Posted on 31/12/202231/12/2022 by Hafiz Latiff

31 Disember – 01 Januari (2016-2021)

Tarikh ini menjadi sangat signifikan kepada saya sejak tahun 2016. Tanpa sedar, rupa-rupanya tarikh ini juga memberi makna kepada individu-individu tertentu.

Kami menganjurkan pelbagai acara sejak Kafe Buku Oakheart atau lebih dikenali sebagai #KABO dibuka pada tahun 2014. Sebagai kemuncak dan merangkum keseluruhan aktiviti tahunan, maka pada tahun 2016 kami mula menganjurkan #KABO24JAM dari jam 2.02 petang (31 Disember) sehingga jam 2.02 petang keesokan harinya iaitu 01 Januari.

Kami raikan acara ini secara fizikal pada tahun 2016-2019, kemudiannya pada tahun 2020-2021 #KABO24JAM berlangsung kali pertama secara dalam talian. Hasrat untuk terus menganjurkan acara ini secara digital pada tahun 2021-2022 tidak dapat diteruskan atas beberapa kekangan.

#KABO24JAM menjadi upacara kami menyambut tahun baharu dengan rakan-rakan dan para pencinta buku. Sudah pastinya acara ini tidak akan bertahan selama lima tahun tanpa kehadiran, kerjasama dan sokongan mereka. Terima kasih kepada anda semua.

***

21 Disember 2022

Hujan mengguyur di beberapa kawasan, termasuklah di sekitar hotel penginapan kami di Kuantan. Petang itu, saya dan Eja pergi ke Kuantan City Mall untuk mencari beberapa keperluan. Ketika di Watsons, sambil menunggu Eja mencari barang, saya menatal hantaran-hantaran yang dibuat di Facebook.

Jari terhenti ketika menatap satu hantaran oleh Jasad. Saya terus menelefon Jasad dan dia mengesahkan hantaran yang dibuatnya benar belaka. Saya jadi hilang kata-kata, mata mula berkaca.

“Betul. Azhar kita dah tak ada.”

Dialog inilah yang berulang kali bermain di fikiran. Sejak berita pemergian Azhar mula diketahui melalui rakan-rakan, saya pasrah dengan takdir Tuhan. Saya akur juga kerana tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepadanya. Hanya mendapat kemas kini daripada mesej-mesej yang dihantar oleh Fysah dan Jasad melalui WhatsApp.

Sepanjang malam, momen-momen dengan Azhar berputar dalam ingatan.

Azhar yang menyokong setiap usaha yang dibuat oleh Legasi Oakheart. Azhar yang menjadi editor untuk buku-buku klien Kuras Buku. Azhar yang selalu bersedia dalam acara-acara di #KABO. Azhar yang menjadi kru Rehat&Baca di PBAKL. Azhar yang sentiasa menghidupkan #KABO24JAM.

Al-Fatihah, Azhar Ibrahim (1983-2022)

Acara penutup #KABO24JAM, 1 Januari 2021
Category: #SEMBANGPIS, EULOGI

2 thoughts on “#KABO24JAM & EULOGI UNTUK AZHAR IBRAHIM”

  1. Aliff Basri says:
    31/12/2022 at 10:20 PM

    Takziah buat keluarga KABO24JAM khususnya….

    Reply
    1. Hafiz Latiff says:
      01/01/2023 at 4:46 PM

      Terima kasih, Aliff.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug   Jan »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme