Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

MENCATAT

Posted on 01/08/202027/12/2022 by Hafiz Latiff

BANYAK hal yang berlaku dalam hidup kita. Setiap hari, setiap masa, setiap waktu; kita lalui dengan pelbagai perkara.

Sesetengahnya masih kekal dalam ingatan kita. Sesetengahnya berlalu pergi dan dilupakan walaupun bukan dengan sengaja. Kita manusia, takkan mungkin dapat mengingat semuanya.

Semakin menginjak usia, aku sendiri tak dapat nafikan yang semakin banyak hal sudah mula aku lupakan (terlupa). Walaupun media sosial menjadi ruang untuk mencatat segala hal yang berlaku setiap hari, tetap ia bukanlah ruang yang aku rasakan paling dekat dengan diri aku untuk bercerita.

Satu waktu dulu, blog inilah ruang aku bercerita. Ruang aku mencatat sebenarnya. Julai lalu, mencetus semula rasa ingin mencatat setelah aku merasakan bahawa aku sudah melalui separuh usiaku.

Di sini, semoga aku menjadi lebih istiqamah selepas ini untuk mencatat segala hal peribadi yang tidak peribadi. Insya-Allah.

Category: #SEMBANGPIS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jan   Dec »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme