Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

#KABO24JAM & ISTANBUL FELLOWSHIP PROGRAM

Posted on 01/01/201927/12/2022 by Hafiz Latiff
#KABO24JAM
31 Disember 2018 – 01 Januari 2019: sudah tahun ketiga kami menganjurkan acara #KABO24JAM. Ada aktiviti yang dikekalkan, ada juga aktiviti baru yang diperkenalkan.
Alhamdulillah, usaha kami untuk menjadikan acara ini sebagai alternatif acara sambutan tahun baharu di #KABO (Kafe Buku Oakheart) semakin menampakkan hasil. Setidak-tidaknya para penggiat seni dan sastera tanah air mempunyai ruang baru untuk berekspresi.
#KABO diwujudkan sebagai ruang stimulasi seni dan sastera Malaysia. Pelbagai aktiviti dilaksanakan saban bulan seperti Ngopi di #KABO, Secawan Wayang, Sinemandiri, Gelanggang Oakheart, Cilik Seni di #KABO, Bengkel Zine dan lain-lain.
ISTANBUL FELLOWSHIP PROGRAM
Sementara rehat, Bangpis menyemak e-mel. Berita mengejutkan di awal pagi ambang tahun baharu 2019. Bangpis dan Eja diterima untuk Istanbul Fellowship Program yang akan diadakan pada 26-28 Februari 2019.
Walaupun pakej ‘bronze’ di mana kami terpaksa menanggung kos penginapan, pengangkutan dan belanja harian sepanjang berada di sana, berita ini sudah cukup menggembirakan kami. Insya-Allah, pasti akan ada jalan yang akan dilorongkan Tuhan untuk kami ke sana.
Category: #SEMBANGPIS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

January 2019
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Dec   Aug »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme