AKU berkesempatan untuk mengikuti Bengkel Pengacaraan Majlis yang dikendalikan oleh Qiyasari Wedding Emcee sepanjang hari ini. Mereka memilih Gelanggang Oakheart sebagai tempat untuk mereka menganjurkan bengkel kali ini.
Sekumpulan anak muda yang gigih berusaha untuk menempatkan diri di kalangan pengacara-pengacara majlis yang ada di Malaysia. Dan Qiyasari Wedding Emcee telah membuktikan bahawa mereka juga bukan calang-calang orangnya.
Qiyasari Wedding Emcee menyediakan khidmat pengacaraan majlis untuk majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan lain-lain acara yang sesuai. Boleh cari mereka di Facebook. Dapatkan perkhidmatan mereka yang sempoi tetapi tetap profesional!
Dan, Legasi Oakheart pula menyediakan ruang di Gelanggang Oakheart untuk kalian yang berminat menganjurkan apa-apa acara seni dan sastera dalam kuantiti tetamu yang sederhana dengan kadar sewa yang berpatutan. Boleh SMS/Whatsapp 013 338 5178 untuk perbincangan lanjut.
Beberapa gambar di bawah ini menunjukkan ketika bengkel berlangsung. Diambil daripada Facebook Qiyasari Wedding Emcee. =)
![]() |
Azree Ariffin, Pengasas Qiyasari Wedding Emcee |
![]() |
Sayidah Mu’izzah, Pengasas Legasi Oakheart memperkenalkan diri |
![]() |
Aku tengah menyampaikan beberapa peraturan asas ketika menggunakan Gelanggang Oakheart |
![]() |
Makan-makan sebelum acara seterusnya |
![]() |
Sesi praktikal dan perbincangan |
Category: BENGKEL