MEI nanti, AGU sudah bersama-sama dengan aku selama 6 tahun. Dan sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang kami lalui.
AGU buat masa ini menjadi kenderaan rasmi Legasi Oakheart. Dan selama 2 tahun ini, tenaganya dikerah sedaya mungkin. Sehinggalah ada ketika, aku mula kasihankannya. Berat yang ditanggung tidak mampu lagi ditampung seperti selalu. Jadi, aku mula memikirkan untuk lebih kuat berusaha dan mencari kenderaan lain supaya AGU dapat berehat.
Rupanya niat aku untuk merehatkan AGU daripada membuat kerja-kerja berat mungkin telah mengguris hatinya. Dan sejak November 2014, AGU semakin banyak meragam. Aku rasa AGU tengah merajuk dengan aku.
November – RM400 habis sebaik saja ditinggalkan selama 4 hari ketika aku pergi bercuti ke Padang-Bukittinggi bersama-sama keluarga.
Disember – RM200 habis kerana aku terlanggar lopak air dan ‘bumper’ depan jatuh.
Dan hari ini, setelah suhu tiba-tiba terlebih panas dan kerana agak sibuk, hampir seminggu aku tak sempat pergi ke bengkel, akhirnya aku terpaksa membelanjakan RM900 untuk AGU. Malah dimaklumkan pula dalam bulan depan atau Mac, aku perlu membelanjakan pula sejumlah RM600 supaya AGU lebih sihat dan gagah seperti dulu.
AGU, sabarlah dan jangan merajuk lagi. AKU – bertabahlah!
Category: AGU-AKU