Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

K-PaP & DUBOOK HQ: APA YANG BERBEZA?

Posted on 03/01/201524/12/2022 by Hafiz Latiff

KATA PENGARANG, KATA PEMBACA (K-PaP)
“ORANG yang cerdik akan sentiasa mempertahankan kecerdikannya. Dan mereka memang akan bergaduh sampai mati.” ~ Zainal Rashid Ahmad
K-Pap merupakan program baru dan akan diteruskan setiap hari Sabtu, minggu pertama pada setiap bulan. Jadual seterusnya dijangka berlangsung pada 07.02.2015 nanti.
Perbincangan menarik seputar hal-hal proses berkarya, pengalaman kehidupan yang disulam dalam karya-karya sehinggalah ke hal-hal suntingan/penerbitan yang menjadikan aku rasa betapa ruginya jika sebagai penulis, banyak membaca (mungkin) dan kononnya banyak menulis, tetapi tidak mempunyai ‘jiwa’.
Sekali lagi, yang lebih rugi adalah kehadiran penulis-penulis muda yang sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk ‘bermesra’ dengan beliau.
Apapun, kumpulan cerpen “Yang Tercinta” dan “Empunya Hikayat” karya Zainal Rashid Ahmad boleh dipesan melalui Legasi Oakheart. SMS/Whatsapp: 013 338 5178 laju-laju sementara stok masih ada! Jangan jadi orang yang rugi!

PELANCARAN DUBOOK HQ & LIVE AID PANTAI TIMUR
AKU sampai agak lambat sebenarnya ke DuBook HQ yang baru di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Tapi tetap, ia tak menjadikan aku berasa rugi apa-apa!
Slot-slot bual bicara yang memang mengujakan. Ada Faisal Tehrani, Syed Azmi, Mantot, Zul Fikri Zamir dan lain-lain. “Saya tiada kudrat, tiada pangkat.” ~ Syed Azmi (merujuk kepada… hahaha… memang ‘win’!)
Bos besar, Mutalib Uthman bagi ruang kepada Legasi Oakheart letak buku-buku kami (sebelum kami perlu bergegas ke Gelanggang Oakheart kerana ada #Oakheartians mahu singgah menikmati kopi sedap di Kafe Buku Oakheart). Terima kasih!
Dan yang aku kagum, penulis/pembaca/peminat tak kira tua atau muda, ‘banjir’! Memang ramai dan hujan tidak menghalang mereka untuk menikmati ekspresi seni di situ.
Penduduk Bangi, Kajang, Putrajaya atau di mana sahaja, jaga-jaga! Hahaha. Dan, sila singgah Gelanggang Oakheart dan nikmati kopi sedap di Kafe Buku Oakheart kami. Tempatnya di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Blok belakang UYA. Nak tahu lebih lanjut, boleh SMS/Whatsapp Legasi Oakheart: 013 338 5178 okey? =)
Category: #SEMBANGPIS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

January 2015
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Aug   Aug »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme