AKU berkesempatan untuk mengikuti Bengkel Pengacaraan Majlis yang dikendalikan oleh Qiyasari Wedding Emcee sepanjang hari ini. Mereka memilih Gelanggang Oakheart sebagai tempat untuk mereka menganjurkan bengkel kali ini. Sekumpulan anak muda yang gigih berusaha untuk menempatkan diri di kalangan pengacara-pengacara majlis yang ada di Malaysia. Dan Qiyasari Wedding Emcee telah membuktikan bahawa mereka juga bukan…
Month: January 2015
LAKI-BINI (3): DENGKUR
SALAH satu cara Tuhan uji hidup kau sebagai laki-bini adalah dengan dengkur. Sejauh mana kau boleh bersabar dengan bunyi dengkuran laki atau bini kau sementara tunggu kau nak tenggelam dalam lena dan berlayar dalam mimpi nan indah mahupun ngeri. Awal-awal kahwin, mungkin kau akan saling ‘bising’ sebab nak ‘biasakan’ diri. Lepas tu, masing-masing akan bersengkang…
LAKI-BINI (2): BAHU & DADA SUAMI
AMARAN: Dibaca dengan penuh hati-hati. Budak bawah umur, pergi main jauh-jauh. ;p KAU rasa kalau seumur hidup kau, kau biar atau benarkan bini kau tidur kat bahu atau dada kau, bahu atau dada kau tu akan nipis atau kau akan berjalan dengan bahu yang senget atau dada yang berlopak? Tak! Tak! Tak! Sebab lantaklah bantal…
LAKI-BINI (1): DETIK PERKENALAN
JANUARI 2009 bertempat di KL Sentral, detik mula kami kenal. Ya, 6 tahun lalu. Dan ini bukan detik perkenalan aku dan AGU ya, geng! Hahah. Aku dan AGU kenal lewat 4 bulan selepas aku kenal dengan orang yang aku nak cerita ni. ;p Kami jadi ahli jawatankuasa untuk majlis Perhimpunan Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR)…
AGU-AKU (1): MERAJUK?
MEI nanti, AGU sudah bersama-sama dengan aku selama 6 tahun. Dan sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang kami lalui. AGU buat masa ini menjadi kenderaan rasmi Legasi Oakheart. Dan selama 2 tahun ini, tenaganya dikerah sedaya mungkin. Sehinggalah ada ketika, aku mula kasihankannya. Berat yang ditanggung tidak mampu lagi ditampung seperti selalu. Jadi, aku mula…
K-PaP & DUBOOK HQ: APA YANG BERBEZA?
KATA PENGARANG, KATA PEMBACA (K-PaP) “ORANG yang cerdik akan sentiasa mempertahankan kecerdikannya. Dan mereka memang akan bergaduh sampai mati.” ~ Zainal Rashid Ahmad K-Pap merupakan program baru dan akan diteruskan setiap hari Sabtu, minggu pertama pada setiap bulan. Jadual seterusnya dijangka berlangsung pada 07.02.2015 nanti. Perbincangan menarik seputar hal-hal proses berkarya, pengalaman kehidupan yang disulam…
BACA PUISI PENA-ITBM: PENULIS MUDA?
SEJAK beberapa tahun yang lalu, aku cuba untuk berada di acara ini jika tidak berhalangan. Acara yang sudah bertahan selama 17 tahun. Malah, sejak dua tahun lalu, Geng Legasi Oakheart turut diberi peluang untuk membuka reruai di sini, menjual buku/majalah/zine kami dan rakan-rakan penerbit lain. Sayangnya, selama bertahun-tahun ini, ada sesuatu yang kurang dengan acara…