Jun 2013

15.06.2013 – LEGASI OAKHEART dijemput untuk memberikan Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi, Cerpen, Etika & Terjah Media) di SMK Agama Kuala Selangor, Selangor. Seramai lebih kurang 250 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan empat dan tingkatan lima menyertai bengkel tersebut. Saya mengendalikan sesi Etika & Terjah Media, Sayidah Mu’izzah mengendalikan sesi Puisi dan Fathul Khair Mohd Dahlan mengendalikan sesi Cerpen. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami!