Minggu pertama, kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands. Kami menetap di Golden Wings Apartment. Pengalaman paling menarik adalah memandu ke Ladang Teh Boh yang sangat ekstrim. Hilang terus demam! Hahaha.
Minggu kedua, saya dan Eja pergi menonton teater sempena meraikan Ismail Kassan di Auditorium DBP. Memang persembahan yang menarik dan penuh makna.
16.02.2013, saya dijemput untuk deklamasikan puisi sempena Malam PERIT (Pena & Ritma) di Dewan Serbaguna D’Kelana, Kelana Jaya.
23.02.2013, saya dan Eja pergi temuduga setelah disenarai-pendek untuk program Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom anjuran ITBM dan PENA.
24.02.2013, saya dan Eja dijemput untuk memberikan bengkel penulisan kreatif dalam program “How To Be A Good Writer” anjuran CFS IIUM, Petaling Jaya. Dan sebaik sahaja habis bengkel, Eja memaklumkan kepada saya bahawa dia terpilih menjadi salah seorang antara 10 orang penulis muda yang akan ke London, United Kingdom. Saya? Insya-Allah, akan ada rezeki lain di masa akan datang. Tahniah, sayang!
Saya sertakan beberapa keping gambar sebagai tanda perjalanan kehidupan saya sekitar Februari 2013. =)
Mama, Adik, Eja & Saya |
![]() |
Malam PERIT (Pena & Ritma) anjuran ADOPT |
![]() |
Bengkel Penulisan Kreatif di CFS IIUM, Petaling Jaya |
Category: #SEMBANGPIS