Assalamualaikum w.b.t.
Banyak perkara yang dirancang dan bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2013 dan tahun-tahun mendatang.
InsyaAllah, jika berkesempatan, saya akan ceritakan sedikit demi sedikit perancangan saya dengan anda. Dan anda juga dialu-alukan untuk berkongsi pandangan anda dengan saya.
![]() |
Kredit: Google |
Benarkan saya bertanya dua soalan ini kepada anda:-
-
Anda sudah mula merancang?
-
Anda mahu laksanakannya?
JOM! Mari kita sama-sama mencapai setiap apa yang diimpikan. Moga 2013 dan tahun-tahun mendatang akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Saya doakan kejayaan anda, walau di mana jua anda berada. Amin Ya Rabb.
Category: #SEMBANGPIS
Sdr Hafiz,
Sudilah kiranya dikongsikan perancangan itu kepada khalayak. Dan saya pasti juga–sangat pasti–bahawa menimang cahaya mata mungkin salah satu daripadanya.
Ahaks!
Al Ghazali Sulaiman,
Terima kasih kerana sudi singgah ke laman yang tidak seberapa ini. InsyaAllah, akan dikongsikan sedikit demi sedikit (jika dirasakan relevan).
Mengenai menimang cahaya mata itu, saya serahkan kepada Allah. Jika ada, kami tidak akan menolak. Heheh.
Apa perancangan kamu pula untuk tahun 2013 ini? Tidak mahu kongsikan bersama-sama kami? Hahah.