Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Malam Untuk GAZA (Bahagian 1)

Posted on 15/12/2012 by Hafiz Latiff
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pada 13 Disember yang lalu, saya telah dijemput untuk mendeklamasikan dua buah puisi sempena program Malam Untuk GAZA. Program tersebut dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Global Peace Mission Malaysia (GPM).

Walaupun mungkin saya tidak mampu memberikan sumbangan dari segi wang ringgit yang banyak, saya anggap inilah sumbangan kecil yang mampu saya berikan. Moga saudara-saudara kita terus tabah dengan perjuangan yang sepatutnya menjadi perjuangan seluruh ummat Islam di dunia!

prayer-for-gaza-88
Kredit: Google
Antara pengisian program adalah:
  1. Solat Maghrib, Isya’ dan Hajat berjemaah.
  2. Tazkirah oleh Ustaz Jel Fathullah Al-Ansori, Mantan Ahli Fatwa Majelis Ulama’ Sumatera Barat, Indonesia.
  3. Persembahan oleh Manuskrip MIA
  4. Deklamasi Puisi oleh Hafiz Latiff
  5. Ucapan Bantahan daripada Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti GPM, MAPIM, ABIM, Aqsa Sharif Berhad dan lain-lain.
  6. Pembentangan risalah dari Gaza oleh Mr. Mohab Yaser Alamawi [Representative of the President of Islamic NGOs in Gaza Strip]
  7. Persembahan oleh Rabbani
  8. Tayangan video multimedia mengenai Gaza
Kepada anda yang ingin ‘membayar hutang’ ke atas pembelaan tanah pusaka kita, anda boleh salurkan atas nama Global Peace Mission Malaysia melalui:

BANK ISLAM : 14-023-01-002922-4
MAYBANK : 5642-2161-1602
Category: #SEMBANGPIS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

December 2012
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Nov   Jan »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme