Persiapan

Assalamualaikum w.b.t.

Sepanjang Oktober ini akan dipenuhi dengan persiapan.

Setelah perbincangan yang dilakukan oleh kedua-dua belah keluarga, saya dan Sayidah Mu’izzah bakal mendirikan rumahtangga pada bulan hadapan. Ya, November 2012.

Maka, seperti yang dikatakan tadi, sepanjang Oktober ini akan dipenuhi dengan persiapan. Persiapan perkahwinan kami.

Walaupun masih dirundung kesedihan akibat kehilangan Adik Pi, tetapi kami harus teruskan hajat kedua-dua belah keluarga.

Mohon doa kalian agar majlis berjalan lancar, insyaAllah.