Kehilangan

Assalamualaikum w.b.t.

12 September 2012
Aku tidak pernah sempat untuk mengenali dengan lebih lama dan menyelami isi hatinya dengan lebih mendalam. Tetapi, dalam singkat waktu itu, aku amat menyenangi lelaki itu.
Suatu ketika dahulu, dia pernah membantu aku memilih cincin yang bakal disarungkan ke jari manis kakaknya.
Dia yang aku gelar Adik Pi.
Pada tarikh ini, dia telah pergi tanpa sempat melihat cincin yang dipilihnya disarung kemas di jari kakaknya.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Muhammad Syarafi Kamarul Shukri.

59600_4733154242756_1682692246_n
Kredit: Fathin Jaafar