27 Tahun Pengembaraan

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, telah genap 27 tahun pengembaraan saya mengelilingi ‘dunia’. Dalam dunia tersebut, banyak perkara yang saya perhati, pelajari dan selami. Ada pelbagai emosi yang termuat antara mahu atau tidak.

Apapun, saya tetap menghargai setiap detik dan peluang yang diberikan Allah sepanjang 27 tahun pengembaraan ini.

SELAMAT HARI LAHIR, Mohammad Hafiz Abdul Latiff.

Semoga terus tekal berbakti dan berjuang dengan jiwa walau apa jua perkara yang bakal dilalui.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong pengembaraan diri selama 27 tahun ini. Syukur, alhamdulillah.