Assalamualaikum w.b.t.
Terharu apabila Editor Dewan Sastera, Sdr. Muhammad Fadli al-Akiti sudi membaca novel Manifestasi Postmortal. Lebih terharu apabila beliau sudi pula membuat ulasan berkenaan novel tersebut.
Novel sulung saya yang tidak seberapa itu akhirnya telah ‘dibedah’ oleh beliau. Dan, sungguh, saya gusar ketika ingin membaca ulasan beliau yang ditulis di blognya.
Apapun, kepada kalian yang ingin membaca ulasan tersebut, silalah klik di pautan yang saya telah sediakan di bawah. Selamat membaca!
Sekalung penghargaan buat Sdr. Fadli al-Akiti. Ulasan dan kesudian tuan membaca novel ini menyemarakkan semangat saya untuk terus berkarya! Terima kasih. =)
Category: #SEMBANGPIS
hush ! wafa pula yang takut baca ulasan Fadli Al Akiti ni, wafa lagilah tak pandai nak susun plot bagai ni. Apapun, tahniah la abang Hafiz.
Wafa Awla;
Tak perlu takut. Buat biasa-biasa pun tak apa. Yang penting ada ulasan berdasarkan apa yang kamu faham melalui pembacaan kamu. Itu sahaja.
Apapun, terima kasih.