Pesanan Seorang Rakan

Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu.
Entri kali ini, saya ingin kongsikan pesanan ‘sms’ daripada seorang rakan. Ianya dikirimkan kepada saya semasa Aidilfitri yang lalu. Kadang-kadang, satu ‘sms’ bisa sahaja membuatkan saya berfikir dan merenung jauh ke dalam diri. Dan mungkin sahaja, perkongsian saya ini akan dapat memberikan secebis makna kepada anda juga, insyaAllah.
Terima kasih Shahril atas pesanan yang amat bermakna buat saya.
Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhu’lah. Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah. Ketika bahu tidak terdaya memikul amanah, maka bersujudlah. Ikhlaskan semuanya dan dekatlah kepada Allah s.w.t. Agar kita tunduk di saat orang lain angkuh; agar kita teguh di saat orang lain runtuh; agar kita tegar di saat orang lain terlempar.

nasihat
Kredit: Google