Pengumuman Penting

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Semoga anda berada dalam keadaan yang hebat dan dilindungi Allah sentiasa.

Sudah lama saya tidak berceloteh di sini. Tetapi, kali ini saya akan kembali menceriakan laman sesawang saya ini dengan sekerap mungkin, insyaAllah.

Saya akan melakukan PENJENAMAAN SEMULA laman sesawang ini, juga dengan nama pena yang selalu saya guna di sini.

Bermula pada 01 Ogos 2011, url laman sesawang ini akan digantikan dengan url yang baru. Laman sesawang ini TIDAK AKAN menggunakan url http://ilhamhafiz.blogspot.com lagi selepas ini. Saya akan beritahu alamat url yang terbaru dalam entri akan datang.

Sekian, terima kasih. =)