Sejauh Mana Kita Bertahan

App_Themes_LSCTheme_Images_Motivation
Kredit: Google
Assalamualaikum w.b.t.
Kadang-kadang pilihan terlalu menyendat kehidupan. Tetapi, kita harus juga membuat pilihan. Persoalannya, pilihan yang kita telah buat itu akan bertahan selama mana?
Terlalu banyak pilihan juga akan membuatkan kita hilang fokus dan akhirnya apa jua yang kita usahakan mungkin menjadi sia-sia. Sebagai contoh, sekiranya saya telah memilih kerjaya sebagai perunding unit amanah. Tidak dinafikan, akan ada banyak perkara yang berlaku sama ada senang atau susah. Tetapi, seperti yang saya nyatakan tadi, selama mana saya akan bertahan dengan pilihan saya?
Manusia terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan. Sampai masa kita mengalah, kita mungkin akan beralih arah. Pada akhirnya, ia bertitik-tolak semula kepada sejauh mana kita bertahan.
Adakah untuk sehari lagi?
imagesn
Kredit: Google