Hafiz Latiff / Bangpis

Catatan-catatan peribadi yang tidak peribadi.

Menu
  • HAI. HALLO. MERHABA.
  • PROFIL
  • BLOG
Menu

Etika dan Profesionalisme

Posted on 28/02/2011 by Hafiz Latiff
Assalamualaikum w.b.t.
Sudah hampir tiga tahun saya menjadi perunding kewangan, terutamanya melibatkan industri unit amanah. Sehingga kini, cabaran dan dugaan tidak pernah putus berkunjung dalam hidup saya. Tetap, saya harus tabah menghadapinya kerana Allah tidak akan menguji lebih daripada kemampuan hambaNya. Dan inilah hidup. Hidup ialah bagaimana kita bertahan untuk meneruskan kelangsungan hidup itu sendiri.
Bertemu dengan klien saya baru-baru ini telah mengajar saya tentang suatu perkara yang sedar atau tidak, saya telah pertahankan selama ini. Klien saya bertanya tentang hak seorang klien, malah beliau juga menimbulkan isu kekeluargaan. Alhamdulillah, hubungan profesional yang dibina sejak sekian lama ditambah dengan kepercayaan jitu daripada beliau telah berjaya merungkai dilema yang dihadapinya.
Kenapa saya menulis tentang klien saya? Ceritanya begini. Ada seorang perunding unit amanah lain yang cuba untuk ‘mencuri’ klien saya tadi. Tetapi, peliknya saya tidak pernah marah walaupun beberapa kali dilakukan dengan perkara yang sama. Cuma, saya agak terkilan apabila ada orang sebegini yang sanggup melanggar etika semata-mata untuk menjamin periuk nasi sendiri. Saya amat berpegang dengan etika dan prinsip bahawa rezeki saya tetap akan berada walau di mana saya berada. Hanya perlu percaya dan tawakal kepadaNya.
etika1
Kredit: Google
Jawapan saya apabila ditanya oleh beliau sangat mudah. “Saya tidak akan pernah cuba untuk mengambil klien orang lain. Selalunya saya akan mengucapkan tahniah kerana prospek itu telah menyimpan walaupun bukan dengan saya. Cuma, saya bersedia untuk membantu pada bila-bila masa yang prospek itu perlukan.”
Kerjaya saya adalah bidang yang profesional. Dan saya akan terus pertahankan sikap profesionalisme serta memegang etika bekerja kerana yakin bahawa suatu hari nanti saya akan berjaya, walaupun tanpa ‘mencuri’ klien orang lain. Semoga Khaliq terus menyalurkan kekuatanNya kepada saya untuk niat yang satu itu.
Professionalism
Kredit: Google
Saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pentingnya perancangan kewangan demi menjamin masa hadapan. Selebihnya, terserah kepada anda untuk mengambil langkah seterusnya. Sekiranya perlukan bantuan untuk mencapai objektif kewangan anda, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Juga, sudi-sudikanlah diri anda untuk menjenguk blog ini:-
AL-HAFIZ CONSULTANTS
Semoga berjumpa lagi di entri akan datang. =)
Category: #SEMBANGPIS

2 thoughts on “Etika dan Profesionalisme”

  1. Sayidah Mu'izzah says:
    17/03/2011 at 2:05 AM

    Assalamualaikum Hafiz,

    Saya sangat bersetuju dengan apa yang kamu lakukan. Seharusnya jalan kejayaan harus dikemaskan dengan etika. Saya hormat kamu kerana itu. =)

    Reply
  2. HAFIZ LATIFF says:
    17/03/2011 at 2:31 AM

    Waalaikumussalam Eja,

    Betul. Kejayaan yang berprinsip. Heheh. Terima kasih kerana menghormati saya. Saya juga hormat pendirian awak.

    Teruskan menulis dan memberi kesan kepada pembaca-pembaca awak. =)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Arkib

February 2011
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  
« Jan   Mar »
© 2023 Hafiz Latiff / Bangpis | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme