Assalamualaikum w.b.t.
31 Disember 2010, saya bermuhasabah diri, melihat kembali segala pahit dan manis kehidupan yang saya lalui sepanjang tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. Pastinya kita semua mengalami saat jatuh-bangun kita sendiri dalam hidup yang saban hari ditempuh. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu berkongsi jerih perih yang telah dilalui kerana biarlah ianya menjadi kisah peribadi. Namun, segala jerih perih ini disertakan dengan segala pencapaian yang bakal saya kongsikan dengan anda akan menjadi penyuntik semangat untuk saya, malah mungkin juga kita semua agar lebih berjaya pada masa hadapan.
Entri ini tidak lebih hanya sekadar berkongsi dengan anda mengenai kejayaan dan kebanggaan yang dicapai oleh saya sepanjang tahun 2010. Dan diharapkan juga agar ianya dapat memberikan inspirasi kepada anda, insya-Allah.
Menubuhkan AL-HAFIZ CONSULTANTS pada 01.01.10 tetapi dirasmikan
pada 10.10.10
Mewujudkan weblog AL-HAFIZ CONSULTANTS (http://alhafizc.blogspot.com)
pada 31.12.09
Memulakan AL-HAFIZ CONSULTANTS ‘weekly training’ secara konsisten
pada 01.05.2010
AL-HAFIZ CONSULTANTS menjalankan usahasama dengan AZLINA Z.A untuk memulakan ‘merger training’ pada 10.10.10 untuk mewujudkan perkongsian ilmu dalam mengembangkan perniagaan masing-masing
Kembali muncul di media arus perdana dengan tersiarnya puisi PANTUL dalam Mingguan Malaysia pada 07.11.10
Pertama kalinya sebuah puisi diantologikan dalam Antologi Penyair Muda
Malaysia-Indonesia 2009 iaitu RINGSING RESAHMU
Laporan Sastera pertama disiarkan di majalah Tunas Cipta keluaran Disember 2010 dalam slot Galeri Sastera mengenai Bengkel Penulisan Kreatif di UIAM, Kuantan
Senarai di atas adalah pencapaian utama yang diraih sepanjang 2010. Dan insya-Allah, saya sangat mengharapkan agar lebih banyak kejayaan yang dapat dicapai pada tahun 2011 ini dan juga tahun-tahun mendatang. Entri seterusnya nanti, saya akan kongsikan beberapa matlamat atau target yang ingin dicapai pada tahun ini. Nantikan, ya?
p/s: Tahniah kepada sepupu saya, Nurul Diyana Abdul Razak yang akan melangsungkan perkahwinannya pada hari ini.
01.01.2011 (Sabtu)
Pandan Indah, KL.
Category: #SEMBANGPIS
tahniah r hafiz..teruskan usaha menjadi insan yang lebih berjaya.. insyaAllah….
Yanz,
Terima kasih. Insya-Allah, dengan usaha yang berterusan dan istiqamah diiringi dengan paduan sokongan serta dorongan semangat kalian akan membuatkan aku lebih kuat menghadapi jerih perih hidup. Semoga kau pun berjaya juga. Amin Ya Rabb.
Apapun, terima kasih kerana sudi berkunjung di blog aku. =)
sama2…. hehehe