Percaturan Kuras-Kuras 1432H

Assalamualaikum w.b.t.
Sedarkah kalian yang kita sudah memasuki lembaran baru hidup kita? Jika diingat kembali, sudah berapa banyakkah azam yang telah kita tanam sepanjang tahun lalu berjaya kita raih? Dan, bagaimanalah agaknya jumlah timbangan dosa dan pahala kita yang dicatatkan oleh Raqib dan ‘Atid? Saya secara peribadinya berasakan bahawa masa sekarang ini sangat pantas berlalu. Baru sahaja rasanya saya memasang azam yang harus dilaksanakan pada 1431H yang lalu, tetapi sedar tidak sedar, hari ini, kita memasuki kuras baru dalam hidup kita, 1432H.
Insya-Allah, saya harapkan agar percaturan kuras-kuras yang akan saya jayakan sepanjang 1432H ini akan mendapat berkat dan limpah rahmat-Nya. Semoga kejayaan demi kejayaan bakal diraih terutamanya dalam berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat, insya-Allah.
Justeru, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM MA’AL HIJRAH kepada anda yang sudi berkunjung ke blog ini sekaligus membaca entri-entri di sini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat hasil daripada perkongsian ilmu yang kita terima. Berikut, saya perturunkan lirik lagu Ma’al Hijrah sebagai renungan bersama, insya-Allah.
maalhijrah
Kredit: Google
 Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma’al Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman.