Galeri Sastera, Tunas Cipta Disember 2010

Assalamualaikum w.b.t.
Usai solat Zuhur petang tadi, saya memandu kereta menuju ke Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka yang terletak berhadapan dengan Hospital Taiping. Hujung minggu ini, saya bersama-sama keluarga mengambil peluang untuk pulang ke Taiping, tambahan pula terdapat cuti sempena Ma’al Hijrah.
Masuk sahaja ke dalam kedai buku tersebut, saya terus mencapai Tunas Cipta keluaran Disember 2010. Alhamdulillah, catatan aktiviti sastera yang saya hantar disiarkan editor. Terima kasih kepada Encik Ruslan Abdull Raffar kerana menyiarkan catatan yang dimuatkan dalam slot Galeri Sastera tersebut.
Kepada anda yang ingin membaca catatan tersebut, silalah dapatkan majalah Tunas Cipta keluaran Disember 2010. =)
161999_148296435254_7738568_n
Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Galeri Sastera: Bengkel Penulisan Kreatif di UIAM, Kuantan.