Rambut dan Peralihan Usia

Assalamualaikum w.b.t.
Sedar atau tidak, kita sudah menghampiri penghujung tahun 2010. Terasa begitu cepat masa berlalu. Dan rasanya, masih banyak lagi senarai matlamat yang belum saya berjaya capai. Tetapi, insya-Allah, selagi ada daya dan nyawa, saya akan cuba mencapainya satu per satu. Doakan saya ya kawan-kawan? =)
Siapa di kalangan kita yang sangat suka membelek mukanya di hadapan cermin? Saya juga suka membelek wajah saya di hadapan cermin. Cuma, tidaklah mengambil masa berjam-jam lamanya. Heheh. Maka dengan itu, entri kali ini diinspirasikan ketika saya sedang membelek wajah usai Maghrib semalam.
Ramai di antara kita selalu mengaitkan peralihan usia dengan kedut yang semakin ketara di muka. Ada juga yang mengaitkan kematangan dengan pertambahan berat badan dan sebagainya. Tetapi, saya memilih untuk mengaitkan peralihan usia dengan gaya rambut yang kita pamerkan. Dan untuk entri kali ini, saya tunjukkan beberapa contoh gaya rambut yang pernah saya gayakan semenjak kecil sehinggalah yang terkini. Mungkin anda boleh sahaja melihat bagaimana gaya rambut mempengaruhi kematangan atau peralihan usia seseorang – termasuk saya! =)
aku01 Gaya rambut ketika berumur lebih kurang 5-6 tahun. (1989-1990)
aku02
Gaya rambut ketika berada di kolej, lebih kurang 19 tahun. (2004)
aku03
Gaya rambut ketika hampir habis diploma, lebih kurang 20 tahun. (2005)

aku04
Gaya rambut ketika habis diploma, lebih kurang 21 tahun. (2006)
aku05 
Gaya rambut ketika mula bekerja di Khairil Annuar Seminars, 22 tahun. (2007)

aku06
Gaya rambut ketika mahu sambung ijazah di UPM, 24 tahun. (2009)
aku07
Gaya rambut terkini, 25 tahun. (2010)
Sejujurnya, saya bukanlah pandai bergaya dan tidaklah stylo seperti kebanyakan remaja sekarang. Jika berjalan-jalan di kompleks membeli-belah mahupun di mana-mana sahaja sekitar Kuala Lumpur ini, macam-macam gaya rambut yang digayakan oleh mereka. Tetapi, seperti yang saya katakan sejak awal tadi, bagi saya, gaya rambut juga berkait rapat dengan kematangan kita. Dan lihatlah sahaja peralihan usia saya yang disertakan sekali dengan gaya rambut yang entah apa-apa itu. ;p
Jadi, pandangan anda pula bagaimana? Kongsikan bersama-sama saya di sini dengan meninggalkan komen anda. Terima kasih dan semoga bertemu di entri akan datang.